Pada tahun 2021, penggunaan telefon pintar menjadi satu kewajiban bagi semua orang kerana pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan secara online. Ciri – ciri telefon pintar yang mempunyai kapasiti bateri menjadi pilihan utama untuk kegunaan sepanjang hari. Paling minima memerlukan telefon pintar yang mampu memberi screen on time sekurang-kurangnya 5 jam dan keatas.

Terbaharu, tular ura-ura mengenai kapasiti bateri yang akan disertakan pada siri iPhone 13 jauh lebih besar berbanding siri iPhone 12 sebelum ini. Memetik dari ciapan L0vetodream, jangkaan iPhone 13 mini disertakan 2,406 mAh, iPhone 13 dan iPhone 13 Pro disertakan 3,095 mAh dapat dilihat peningkatan kapisiti sebanyak 8% – 9.9% lebih besar dari model sebelumnya.

Bagi iPhone 13 Pro Max pula mendapat peningkatan yang sangat drastik dengan kapisiti bateri bersaiz 4,352mAh lebih 18% besar berbanding iPhone 12 Pro Max.

https://twitter.com/L0vetodream/status/1399717871584907265?s=20

Dapat dikuatkan lagi dengan jangkaan Apple akan menggunakan skrin panel OLED LTPO dari Samsung yang mampu memberi sokongan 120Hz ProMotion pada model iPhone 13 Pro Max berbanding barisan model iPhone 12 yang hanya mempunyai 60Hz sahaja.

Cip A15 yang mungkin akan digunakan pada barisan model iPhone 13 sehingga iPhone 13 Pro Max mempunyai kecekapan untuk menguruskan bateri dengan lebih efisien untuk kegunaan harian yang lebih lama.

Menerusi petikan daripada MacRumor, ketebalan siri model iPhone 13 akan jadi lebih tebal sebanyak 7.57mm berbanding 7.4mm pada model iPhone 12. Ini secara logiknya akan menjadi lebih tebal disebabkan oleh penggunaan saiz kapisiti bateri yang lebih besar pada model yang akan datang.

Vocket-iPhone-13-Bateri-konten-1

Semakin hari kelihatan lebih banyak khabar angin yang menarik mengenai ciri – ciri siri model iPhone 13 yang akan datang ini. Pelbagai penambaikkan ciri – ciri yang ditambah mengikut kehendak pengguna iPhone bagi memastikan mendapat kepuasan dengan tawaran teknologi yang terkini. Sama-sama kita nantikan kehadiran siri iPhone 13 pada akhir September ini.

Samsung dilaporkan sudah mula menghasilkan skrin OLED LTPO 120Hz buat iPhone 13. Turut dikongsikan, senarai iPhone yang bakal menerima kemas kini iOS 15.

Samsung Dilaporkan Sudah Mula Hasilkan Skrin OLED LTPO 120Hz Buat iPhone 13

Ini Mungkin Senarai iPhone Yang Bakal Menerima Kemas Kini iOS 15