Baru sahaja dilancarkan pada Oktober lalu dan mulai ditawarkan sekitar November, pastinya orang mengharap sesuatu yang serba baharu dan lengkap menerusi menerusi barisan siri terbaharu Apple iPhone 12.

Apple juga turut memperkenalkan processor Apple A14 Bionic yang menjanjikan penggunaan bateri yang efisien pada siri model terbaharu. Walau bagaimanapun, lain jadinya apabila terdapat pengguna yang baru sahaja menggunakan iPhone 12 dan iPhone 12 Pro mengalami masalah bateri cepat habis.

Masalah-Bateri-iPhone-12-01.jpg(1)
Sumber: reddit

Berdasarkan perkongsian pengguna, bateri dilihat menurun sebanyak 4% setiap jam dan menurun sehingga 20-40% semalaman meskipun tidak aktifkan WiFi, data atau 5G. Difahamkan masalah yang berlaku ini adalah disebabkan kemas kini iOS selepas terdapat pengguna yang membuat semakan di pusat khidmat pelanggan Apple.

Dalam pada itu, difahamkan masalah ini cuma berlaku kepada sejumlah kecil pengguna. Berdasarkan penggunaan kami menggunakan iPhone 12 Pro Max dan iPhone 12 Mini, kedua-dua model ini tidak mengalami sebarang masalah melibatkan bateri ketika ini.

Minggu ini turut menyaksikan Apple disaman RM48.72 juta di Itali berikutan dakwaan iPhone waterproof.

https://www.thevocket.com/apple-disaman-rm48-72-juta-di-itali-berikutan-dakwaan-iphone-waterproof/

https://www.thevocket.com/apple-ios-15-mungkin-tidak-lagi-menyokong-iphone-se-dan-6s/

Sumber