Koleksi NFT adidas telah berjaya dihasilkan dengan kolaborasi tiga ikon terkemuka yang dinamakan Into The Metaverse. Menerusinya, pelbagai rekaan digital menarik yang ditawarkan kepada para peminatnya pada beberapa hari lepas dengan pelbagai kelebihan sekiranya menjadi antara pemilik bertuah NFT ini.

Menampilkan koleksi sebanyak 30,000 NFT berharga 0.2 ETH (~RM16,957) setiap satu dan berjaya menjana jualan lebih $23.7 juta (~RM96.8 juta). Pada kali ini terdapat dua fasa jualan yang berlaku di mana pada fasa awal sebanyak $15.5 juta (~RM65 juta) dikutip sementara jualan terbuka pula menerima sekitar $7.5 juta (~RM31.5 juta).

Walaupun acara jualan ini berjaya mengutip sejumlah besar hasil jualan, difahamkan terdapat masalah teknikal yang menyebabkan sebahagian pelanggan gagal membuat transaksi sewaktu sesi jualan di fasa awal. Mereka yang terkesan bakal menerima semula cas gas yang dikenakan sebaik semua maklumat terperinci dikumpulkan oleh pihak adidas.

Sementara itu, setiap pembelian NFT ini menjamin akses kepada barangan fizikal termasuklah hoodie, baju sukan, dan banyak lagi serta pakaian maya dan akses acara maya dalam dunia meta adidas yang dikenal sebagai adiVerse.

Sumber Gambar: The Verge

Setakat ini, adidas masih belum berkongsi lagi jika masih terdapat koleksi NFT edisi terhad yang ditawarkan pada masa kelak. adidas dilihat menjadi syarikat fesyen pertama yang sedang meneroka dengan giatnya secara dekat terhadap digitalisasi dan blockchain untuk dimanfaatkan oleh para pelanggan serta pemilik NFT.

Menjelang tahun 2022 kelak, para pemilik NFT ini berpeluang meneroka acara eksklusif dengan kerjasama yang telah tertemerai bersama syarikat Coinbase.

adidas Sahkan Kerjasama Dengan Syarikat Coinbase Untuk Sertai Metaverse

adidas Secara Rasminya Sertai Dunia Meta Dengan Melancarkan Koleksi NFT Pertama