Kecanggihan teknologi yang terdapat pada kereta yang dikeluarkan Elon Musk memang layak dipuji. Bukan sahaja lebih mesra alam dengan penggunaan tenaga elektrik bahkan pelbagai ciri menarik yang boleh dinikmati oleh para pemiliknya termasuklah ciri pemanduan swapandu dan lain-lain lagi.

Namun setiap teknologi yang dibangunkan sudah pasti mempunyai kelemahan yang mungkin kita tidak perasan sehinggalah mulai timbul isu kepada penggunanya. Terkini, seorang remaja berusia 19 tahun bernama David Colombo mendakwa beliau sudah berjaya mengodam lebih daripada 25 buah kereta Tesla dari 13 buah negara.

Menerusi aktiviti penggodaman yang berjaya, beliau mampu membuka pintu, tingkap, radio, enjin, lampu hadapan dan mampu untuk memandu secara jarak jauh sahaja. Selain itu, David Colombo yang juga seorang pakar sekuriti IT turut boleh menyekat sistem anti-curi kereta (Sentry Mode) yang sekaligus boleh melihat kehadiran pemandu di dalamnya.

Malah, beliau turut boleh menaip command lalu mengetahui lokasi sebenar kereta, mengaktifkan Keyless Driving dan sebagainya. David menambah lagi yang dia berkemampuan untuk memandu kereta Tesla yang digodam daripada jarak jauh tetapi memilih untuk tidak melakukannya.

Sumber Gambar: The Driven

Beliau turut menegaskan bahawa kerentenan yang berlaku akibat godaman ini bukanlah kesalahan dari Tesla tetapi salah pemilik kenderaan itu sendiri. Godaman ini juga berkait rapat dengan mengeksploitasi aplikasi pihak ketiga pada kereta tersebut yang membolehkan beliau mengambil alih kereta tersebut walaupun tiada di kawasan berdekatan.

David juga mengatakan isu ini perlu dimaklumkan kepada pemilik yang terkesan namun perkara ini seperti seakan mustahil untuk menjejaki pemilik sebenar kenderaan tersebut yang mana kita sedia maklum kereta Tesla kini sudah dimiliki oleh ramai pengguna di sesebuah negara.

Sumber Gambar: CNBC

Pelbagai insiden yang merbahaya boleh terjadi pada pemilik Tesla jika perkara ini disalah gunakan oleh entiti yang berniat jahat. Sehubungan dengan itu, beliau sudahpun dihubungi oleh pihak Tesla untuk menyiasat isu sekuriti tersebut. David mempunyai kepakaran dalam keselamatan siber dan didakwa sudah mulai menulis kod pengaturcaraan sejak berusia 10 tahun lagi.

Sebelum ini juga, sudah terdapat laporan mengenai maklumat pengguna Apple boleh digodam menerusi alat penjejak AirTag sahaja.

Maklumat Pengguna Apple Boleh Digodam Menerusi Peranti Penjejak AirTag

AirTag Dilaporkan Telah Disalah Guna Oleh Penjenayah Untuk Ekori Mangsa