Baru-baru ini, HONOR berjaya melancarkan sebuah telefon pintar flagship terbarunya yang dikenali HONOR Magic4 Pro di Mobile World Congress 2022. Peranti ini dilihat membawa revolusi baharu dalam industri telefon pintar kerana menyertakan pelbagai ciri menarik dengan sasaran menjadi pilihan ideal kepada pengguna di seluruh dunia.

Siri HONOR Magic4 ini digelar sebagai flagship killer”kerana menampilkan reka bentuk simetri ikonik, prestasi terunggul, pengalaman visual paparan yang dipertingkatkan, fotografi dan videografi tercanggih dan juga ciri privasi yang hebat.

Berikut merupakan empat perkara yang menarik yang anda perlu ketahui berkaitan model HONOR Magic4 Pro yang baru sahaja dilancarkan ini.

1. Rekaan simetri menampilkan paparan lengkung
Sumber Gambar: HONOR

Menerusi Honor Magic4 Pro, ia dilengkapi dengan skrin paparan Kuad Lengkung LTPO berukuran 6.81-inci dan bezel ultra nipis untuk pengalaman menonton yang mengasyikkan serta memberi cengkaman yang sangat selesa apabila dipegang.

Ditambah pula teknologi HONOR MotionSync yang boleh melaraskan kepantasan refresh rate secara automatik daripada 1Hz hingga 120Hz untuk memberi pengalaman hiburan yang lancar setiap masa.

2. Hadir dengan teknologi Fotografi Ultra-Fusion
Sumber Gambar: HONOR

Bila sebut mengenai fotografi, HONOR Magic4 Pro hadir dengan tiga kamera yang terdiri daripada kamera sudut lebar 50MP yang memuatkan sensor warna 1/1.56-inci, ultra-lebar 50MP 122° dan telefoto periskop 64MP. Semua ini dikuasakan oleh Fotografi Pengiraan Ultra-Fusion yang terbaik dalam kelas tersendiri.

Hal ini sekaligus membolehkan imej definisi tinggi yang jelas dan menakjubkan dapat dihasilkan walaupun diambil dari jarak yang jauh.

3. Pengecasan wireless 100W yang berkuasa tinggi
Sumber Gambar: HONOR

Pengecasan pantas menjadi salah satu perkara penting dalam pemilihan peranti pada hari ini. Oleh itu, HONOR Magic4 Pro sedia menawarkan solusi pengecasan pantas 100W HONOR SuperCharge menerusi wayar yang berupuya untuk mengisi bateri penuh 100% yang berkapasiti 4,600mAh dalam hanya 30 minit sahaja.

Lebih mengujakan, model ini juga menjadi telefon pintar pertama yang boleh menyokong pengecasan tanpa wayar 100W menerusi teknologi SuperCharge dan kapasiti bateri boleh dicas semula sehingga 50% dalam masa 15 minit sahaja. Jadi, anda sudah tidak perlu risau akan kehabisan bateri mahu pun pengecasan yang lambat berbanding jenama lain.

4. Penggunaan processor Snapdragon 8 Gen 1
Sumber Gambar: HONOR

Aspek spesifikasi terkini juga turut dititikberatkan pada model ini yang mana sedia dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 terbaharu untuk prestasi yang stabil dan lancar. Malah, ia juga menyokong rangkaian 5G yang membolehkan pengguna menikmati akses internet pantas 5G.

Seterusnya, peranti ini turut dilengkapi HONOR Turbo Engines untuk meningkatkan lagi keupayaan cip pemprosesan tersebut. Selain itu, ia juga dimuatkan teknologi AI Super Rendering yang pertama dalam industri menerusi GPU Turbo X untuk permainan mudah alih  dengan frame rate yang lebih tinggi  serta rangkaian ketersambungan yang luar biasa sambil menggurangkan haba.

Malah, pemain dapat menikmati refresh rate yang rendah untuk memainkan sebarang permainan dengan lancar serta grafik yang lebih bagus. Lanjutan daripada itu, anda boleh bermain sebarang games secara dalam talian dengan lancar pada bila-bila masa dengan prestasi yang cukup mengagumkan.

Setakat ini, kita hanya disahkan mengenai pelancaran model HONOR Magic4 Pro secara rasmi di Malaysia. Anda boleh mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai HONOR Magic4 Pro di laman rasmi HONOR atau mengikuti laman rasmi Facebook HONOR Malaysia.

Malah, anda juga boleh melihat sendiri bagaimana model peranti HONOR sebelumnya berupaya menawarkan gambar yang menakjubkan serta prestasi yang baik.

Lihat Keupayaan ‘Quad Camera’ Honor 20 Pro Yang Menakjubkan

Vocket Cerita: Honor 20 Pro, Menyelesaikan Kerja Anda

Sumber