Majoriti kita menggunakan WhatsApp dan kita sering kali tertanya-tanya bagaimana WhatsApp menjana pendapatannya? Asyik percuma sahaja penggunaannya. Ada satu lagi medium yang sangat banyak manfaatnya namun ianya juga adalah percuma.

Sedar atau tidak, hampir setiap hari kita akan gunakan Google Maps untuk kita pergi ke sesuatu kawasan. Mungkin ada yang disini yang tidak menggunakan Google Maps sebaliknya menggunakan Waze.

Untuk pengetahuan, semua map yang ada pada Waze datangnya daripada Google Maps juga cuma interface atau antaramuka sahaja berbeza sebenarnya. Jika Waze, kita tahu mereka ada medium pengiklanan untuk bantu jana pendapatan untuk aplikasinya namun Google Maps tiada iklan, semuanya percuma sahaja.

Bagaimana Google Maps menjana pendapatan
Sumber: Search Engine Land

Untuk menjawab persoalan ini, kita lihat satu contoh mudah. Pernah guna Aplikasi Grab? Untuk kita pergi ke sesuatu kawasan, kita perlu tetapkan titik mula dan tempat yang kita tuju menerusi map di dalam aplikasi Grab. Map tersebut akan simpan lokasi mula dan akhir dan sistem Grab akan secara automatic mengira jarak dan arah perjalanan ke lokasi yang kita inginkan.

Disinilah Google Maps membuat duitnya. Semua operasi tadi dari menyemak lokasi hingga navigasi ke lokasi yang ingin dituju sebenarnya ada bayaran. Google Maps tidak mengenakan bayaran kepada pengguna. Mereka mengenakan bayaran bagi mereka yang inginkan integrasi dengan sistem Goggle Maps mereka.

Seperti contoh aplikasi Grab tadi, maknanya pihak Grab yang membayar kepada Google Maps untuk fungsi yang dikongsikan tadi. Dan bayaran servis Google Maps ini bergantung kepada berapa banyak pengguna Aplikasi menggunakan servis map tadi.

grab-new-app
Sumber: Tech in Asia

Lagi ramai pengguna guna, lagi banyak servis map ini digunakan. Maka lagi tinggi kos bayaran yang dikenakan kepada Aplikasi tersebut setiap bulan. Semua kos ini dikenakan kepada syarikat yang membangunkan Aplikasi tersebut, bukan kepada pengguna.

Atas sebab itu kita akan perasan Google Maps ni percuma sahaja, sedangkan penjanaan pendapatan mereka datangnya daripada syarikat-syarikat Aplikasi tadi. Sebagai pengguna, untunglah kita boleh guna Google Maps secara percuma.

Atas sebab itu kita akan perasan Google Maps ni percuma sahaja, sedangkan penjanaan pendapatan mereka datangnya daripada syarikat-syarikat Aplikasi tadi. Sebagai pembangun aplikasi, pastikan kos ini diambil kira semasa penetapan harga servis kita.

Sumber: CNBC

Walaupun ada bayaran untuk servis ini, Google Maps memberikan hadiah $200 (RM818.02) setiap bulan untuk servis Google Maps. Selagi mana penggunaan servis Google Maps kita tidak melebihi $200, anggaplah servis ini adalah percuma juga.

Jika kita masih startup atau pengguna masih tidak ramai, selalunya kos penggunaan Google Maps kita masih dibawah $200. Ini bermakna, Google Maps menjana duit melalui syarikat Aplikasi gergasi dan dah ramai pengguna sahaja.

Inilah caranya Google Maps menjana duit. Dan kami yakin dengan proses menjana duit dari Google Maps ini pasti akan dikembangkan lagi dengan adanya street view serta fungsi Google Maps akan datang.