Sejak akhir tahun lalu, dapat dilihat NFT semakin mendapat tempat di kalangan para peminat seni serta para pelabur. Menawarkan beberapa utiliti unik antara yang menjadi tarikan buat orang ramai berminat mendapatkannya.

Terbaharu, BadApe selaku salah satu pengkarya tempatan hadir dengan projek fasa keempat mereka dengan kolaborasi bersama Nasty Worldwide, sebuah jenama e-liquid terkemuka negara dan dunia dalam menghasilkan NFT buat para peminat.

Menerusi projek kolaborasi BadApe bersama Nasty Worldwide ini, dilaporkan sebanyak 2 NFT BadApe x Nasty dalam kategori super rare antara yang ditawarkan bersama 8 NFT BadApe x Nasty kategori rare.

Mengulas mengenai utiliti, pemilik NFT super rare hasil kolaborasi dua jenama ini bakal memiliki barangan istimewa daripada Nasty serta tersenarai sebagai ahli dalam Discord NFT Nasty manakala pemilik NFT rare BadApe dan Nasty pula bakal menerima WL bagi NFT Nasty serta produk Nasty.

Untuk pengetahuan, BadApe menerusi fasa keempat ini turut berkolaborasi bersama beberapa individu dan jenama terdiri daripada DJ Fuzz, Daddyhood, Susano dan ArtTwist.

Diharapkan semoga perkembangan industri NFT tempatan ini sekaligus bakal memberi pendedahan orang ramai mengenai NFT sekaligus membuatkan industri ini terus bekembang.

Ikuti perkongsian pemilik Sate Rono yang memaklumkan kos operasi dapat dijimatkan sehingga RM10,000 selepas menggunakan ‘robot pelayan’.

Jimat Lebih RM10,000 Sebulan, Pemilik Sate Rono Kongsi Perubahan Selepas Guna ‘Robot Pelayan’

Mufti WP Menfatwakan Haram Aktiviti Jual-Beli Dalam Talian Ketika Solat Jumaat