Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sejak kebelakangan ini, dapat dilihat lambakan model komputer riba telah dilancarkan daripada pelbagai jenama di mana masing-masing mahu menghasilkan komputer riba yang berspesifikasi tinggi bagi memenuhi citarasa pengguna.

Hal ini secara tidak langsung turut membuatkan komputer riba yang berada di pasaran seolah seakan sama dan tiada kelainan. ASUS pada kali ini mengambil pendekatan berbeza menerusi model terbaru mereka dengan pelancaran ASUS ZenBook 14X OLED Space Edition.

Bukan sahaja hadir dengan nama yang unik, malah seluruh komputer riba ini tampil dengan pakej yang berbeza daripada komputer riba lain daripada kebiasaan. Sebelum itu, ayuh kita ketahui lebih lanjut mengapakah model ini dinamakan sebagai Space Edition.

Ada apa dengan Space Edition?

Seunik namanya, model ini berjaya mendapat nama bersempena ulang tahun ke-25 sejak ASUS pertama kalinya komputer riba ASUS digunakan di angkasa lepas sekaligus mengesahkan keberadaan jenama ASUS dalam pasaran.

Bukan itu sahaja, ASUS ZenBook 14X OLED Space Edition turut dengan hadir dengan pakej yang unik di mana bukan sahaja tampil dengan rekaan komputer riba yang berbeza malah turut dilengkapi dengan rekaan kotak yang unik dan spesifikasi yang hebat.

Seperti yang dapat anda lihat pada gambar di atas, kotak model ini hadir dengan rekaan dan wanra yang unik. Bukan itu sahaja, pihak ASUS turut menyertakan beberapa informasi lanjut mengenai sejarah Space Edition ASUS menerusi pembelian ASUS ZenBook 14X OLED Space Edition.

Rekaan

Diinspirasikan daripada space atau angkasa, ASUS ZenBook 14X OLED Space Edition turut ditawarkan dengan rekaan yang berbeza berbanding komputer riba lain di pasaran. Pihak ASUS turut menamakan warna unik pada komputer riba mereka ini sebagai Zero-G Titanium.

Menerusi pengalaman pembukaan kotak ASUS ZenBook 14X OLED Space Edition, pastinya mata orang ramai akan tertumpu kepada penawaran skrin OLED kedua komputer riba ini bersaiz 3.5-inci.

Penyertaan kod Morse kata-kata ‘Ad Astra Per Aspera’ atau To The Stars Through Hardship sekaligus menyerlahkan lagi eksklusiviti model Space Edition daripada ASUS ini.

Dilengkapi dengan skrin ASUS OLED 14-inci

Mengulas mengenai skrin utama, model ini dilengkapkan dengan skrin dengan paparan OLED bersaiz 14-inci. Sejujurnya paparan OLED dengan resolusi 2880×1800 beserta refresh rate 90Hz berjaya menawarkan sebuah visual yang sangat memuaskan buat para pengguna.

Warna yang dipamerkan sangat jelas menerusi paparan yang meliputi 92% bahagian skrin yang terang pastinya menjadi idaman buat para editor khususnya buat mereka yang mementingkan ketepatan warna dalam sesebuah visual.

Sokongan PANTONE beserta 100% DCI-P3 color gamut sekaligus menjanjikan paparan terbaik buat para pengguna. Selain itu, para pengguna juga akan kurang terdedah kepada masalah mata kering sewaktu menonton skrin dalam tempoh yang panjang.

Semua ini berjaya dilakukan menerusi teknologi ASUS yang mampu mengurangkan pancaran cahaya biru sebanyak 70% membuatkan anda lebih selesa untuk menonton pada skrin meskipun untuk tempoh yang panjang.

Mengapa paparan OLED menjadi pilihan ASUS?

Sekiranya anda kerap mengikuti perkembangan model yang dilancarkan ASUS, pastinya anda cukup tahu di mana jenama ini sememangnya memfokuskan kepada penggunaan paparan OLED.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Hal ini kerana penggunaan paparan OLED mampu menawarkan warna yang lebih terang dan jelas. Selain itu, penggunaan paparan OLED mampu menawarkan response time yang rendah sekaligus mengurangkan kesan kabur ketika pergerakan laju ditayangkan pada skrin

Ketahanan bersesuaian dengan penggunaan di angkasa

Tidak hanya menawarkan rekaan angkasa, pihak ASUS nampaknya berjaya menawarkan lebih daripada apa yang diperlukan pengguna menerusi penawaran ketahanan yang berjaya disahkan menerusi ujian US Space Systems Command Standard SMC-S-016A.

Menerusi ujian yang dilakukan, ASUS ZenBook 14X OLED Space Edition berjaya melepasi enam ujian yang terdiri daripada ujian altitud, suhu tinggi, suhu rendah, drop test, gegaran dan juga ujian kelembapan. Berdasarkan rekod, model ini mampu bertahan daripada suhu -24 darjah Celcius sehingga 61 darjah Celcius manakal ujian gegaran pula bermula daripada 20Hz sehingga 2,000Hz. Serius hebat!

Dalam erti kata lain, para pengguna tidak perlu risau lagi sekiranya komputer riba ini ‘diuji’ dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan sebagainya meskipun berjaya dilengkapkan dengan ketebalan 15.9mm sahaja.

Penawaran pengecasan pantas

Hadir dengan saiz seberat 1.4kilogram beserta ketebalan 15.9mm, model ini turut menyokong pengecasan pantas sehingga 100W yang memastikan model ini dapat dicas dalam tempoh yang sangat singkat untuk penggunaan yang panjang.

Bukan itu sahaja, sokongan pengecasan USB-C pada model ini turut membolehkan model ini dapat dicas semudah menggunakan powerbank sahaja. Pastinya sangat mudah buat pengguna kerap melaukan tugas secara on the go. Menarik bukan?

Spesifikasi

Tidak sah rasanya jika tidak membincangkan soal spesifikasi pada sesebuah komputer riba. ASUS ZenBook 14X OLED Space Edition berjaya dilengkapkan dengan spesifikasi yang hebat di mana model ini dilengkapi dengan processor Intel® Core™ i7 H-series beserta RAM 16GB LPDDR5 bagi model dengan spesifikasi tertinggi.

Dari segi grafik, model ini turut dikuasakan oleh Intel Iris Xᵉ Graphics yang sekaligus bakal memastikan tugas multitasking pengguna berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Mengapa kami suka dengan model ini?

Tidak hanya memfokuskan kepada rekaan dan spesifikasi semata-mata, model ini turut dilengkapkan dengan sokongan audio daripada Dolby Atmos dan Harmon Kardon sekaligus menjamin kualiti audio yang jelas dan mantap sepanjang penggunaan.

Oh ya, model ini turut dilengkapkan dengan teknologi AI Noise Suppression dalam membantu mereka yang bekerja secara remote atau berada di kawasan bingit dalam menapis suara luar agar dapat menjalani telesidang dengan lancar.

Bukan itu sahaja, sekiranya anda mahukan sebuah komputer riba yang unik serta berbeza dengan model lain, mungkin model ini antara yang perlu anda beri perhatian.

Saiznya yang ringan iaitu 1.4kg beserta penyertaan pelbagai port termasuk USB-C Thunderbolt 4 sangat membantu dalam menyelesaikan tugasan harian lancar di mana model ini mampu menyokong sokongan pemindahan data sehingga 40Gbps atau sokongan paparan empat monitor secara serentak.

Harga

Mengulas dari segi harga, ASUS ZenBook 14X OLED Space Edition sedia untuk didapatkan pada harga bermula daripada RM5,599. Para pengguna berpeluang mendapatkannya menerusi pengedar rasmi ASUS atau buat anda yang mahu mendapatkan secara dalam talian boleh mendapatkannya menerusi laman rasmi ASUS, Lazada dan juga Shopee.

Sebuah harga yang berbaloi melihatkan penawaran yang ditawarkan di mana model berjaya dilengkapkan dengan skrin 3.5-inci OLED tambahan, processor Intel Core-i7 beserta RAM 16GB bagi spesifikasi tertinggi.

Sekiranya anda merupakan pengguna yang memerlukan komputer riba yang memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi serta mahukan sebuah model yang unik, ASUS ZenBook 14X OLED Space Edition adalah jawapannya. Pastinya lebih banyak akan terpukau melihat keunikan model unik daripada ASUS ini.

Tular pada minggu ini apabila YouTuber terkenal, Jake Paul dilaporkan ‘miskin’ selepas rugi RM176 juta berikutan melaburkan kesemua pendapatannya dalam kriptowang.

Gara-Gara Labur Semua Wang Dalam Kriptowang, Jake Paul Dilaporkan ‘Miskin’ Selepas Rugi RM176 Juta

Bill Gates Berpendapat NFT Hanyalah Satu Penipuan Yang Didukung Oleh Orang Yang Lebih Bodoh