Sekiranya anda kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa, pastinya anda cukup tahu di mana ASUS Malaysia sememangnya aktif dalam mengeluarkan komputer riba yang berbaloi buat para pengguna.

Terbaharu, jenama ini meneruskan konsistensi mereka dengan melancarkan ASUS Vivobook 15X OLED (M1503, AMD) yang dilengkapi dengan paparan OLED HDR beserta DCI-P3.

Menariknya mengenai model yang dilancarkan pada kali ini, ASUS telah menawarkannya bersama cip AMD Ryzen™ 7 5800H yang sekaligus memberikan prestasi yang lebih baik dan lancar buat para pengguna.

Selain itu, model ini turut dibantu oleh sokongan RAM sehingga 8GB tetapi boleh ditingkatkan kapasiti RAM menerusi slot SO-DIMM manakala storan yang ditawarkan pula adalah sehingga 512GB SSD.

Bukan itu sahaja, model ini turut tampil dengan keunikan yang membolehkan pengguna melaraskan monitor sehingga 180°. Rekaannya yang moden serta penawaran warna Quiet Blue yang menarik membuatkan model ini tampil berbeza di pasaran.

ASUS Vivobook 15X OLED berjaya menawarkan kedua-dua di mana model ini dilengkapkan dengan resolusi 2.8K OLED dan juga refresh rate sehingga 120Hz. Menarik bukan?

Oh ya, bersesuaian dengan musim pasca pandemik, ASUS turut menyertakan ASUS Antibacterial Guard pada model ini membantu dalam menghalang bakteria.

Bersesuaian dengan saiz yang cuma seberat 1.7kg, tidak lengkap rasanya jika model ini tidak menawarkan sokongan pengecasan pantas. Menariknya, model ini berjaya ditawarkan dengan pengecasan sehingga 90W.

Dalam erti kata lain, pengguna hanya perlu mengecas dalam waktu yang singkat untuk penggunaan yang panjang. Serius menarik buat anda yang mementingkan masa serta produktiviti.

Harga

Berbincang mengenai harga, model ini ditawarkan dalam dua spesifikasi iaitu dengan cip Ryzen™ 5 yang ditawarkan pada harga RM3,299 dan cip Ryzenv 7 yang hadir dengan tanda harga RM3,699. Kedua-dua model ini sedia untuk didapatkan secara rasmi bermula hari ini iaitu 17 Ogos.

Sekiranya anda mahukan sebuah komputer riba dengan saiz skrin 15-inci, hadir dengan saiz yang ringan serta mempunyai spesifikasi yang berbaloi untuk penggunaan seharian, mungkin ASUS Vivobook 15X OLED antara yang berbaloi anda dapatkan.

Ketahui lebih lanjut mengenai model yang baru sahaja dilancarkan ini dengan klik pautan di bawah.

Premium Dan Mampu Milik, ASUS Vivobook 15X OLED Jadi Pilihan Terbaru Pengguna Gen-Z

‘Terjerat’ Dalam Pinjaman 36 Bulan Beli iPhone, Penyewa Dedah Punca Gagal Bayar Sewa Rumah