Sejak beberapa tahun terakhir ini, dapat dilihat ASUS semakin aktif dalam mengeluarkan komputer riba yang memenuhi kehendak pengguna. Bermula daripada model asas sehinggalah kepada model profesional merangkumi pelbagai peringkat umur dan karier.

Terbaharu, ASUS kembali lagi dengan menawarkan sebuah lagi model terbaru yang bukan sahaja menarik malah versatil menerusi model ASUS Vivobook 13 Slate OLED.

Menawarkan keupayaan boleh lipat dan tanggal, model ini 2 dalam 1 dengan sistem operasi Windows 11 ini membolehkan pengguna menggunakannya sebagai komputer riba mahupun sebagai tablet. Menarik bukan?

Skrin dan spesifikasi

ASUS Vivobook 13 Slate OLED dilengkapkan dengan skrin 13.3-inci beserta paparan OLED sekaligus menawarkan pengalaman yang menarik buat pengguna dalam menonton rancangan kegemaran menerusi aplikasi penstriman mahupun melakukan tugas harian.

Penawaran pengesahan TÜV Rheinland sekaligus membuatkan pengguna tidak lagi mudah berasa mata pedih dengan cepat sewaktu menonton skrin pada waktu yang panjang berikutan pengurangan kadar cahaya biru. ASUS Vivobook 13 Slate OLED juga turut ditawarkan bersama speaker 3.5 lebih kuat dan jelas berbanding speaker biasa.

Dari segi spesifikasi, ASUS Vivobook 13 Slate OLED dilengkapkan dengan processor Intel Pentium Silver N6000, RAM 8GB DDR4 beserta ruang storan SSD 256GB.

Khusus buat para gamers, model ini turut hadir dengan sebulan langgan percuma Xbox® Game Pass Ultimate membolehkan anda bermain game kegemeran anda tanpa sebarang masalah menerusi spesifikasi hebat yang ditawarkan.

Selain itu, model ini turut dilengkapkan dengan ASUS Pen 2.0 stylus beserta magnetic pen holder dalam memudahkan untuk pengguna menyimpan pen dan juga mencatat nota atau melukis dengan mudah secara terus pada model ini.

Menawarkan pengecasan pantas

Para pengguna juga tidak perlu risau soal pengecasan kerana model ini menawarkan pengecasan menggunakan kabel USB-C yang banyak digunakan pada ketika ini.

Model ini mampu menawarkan masa penggunaan yang panjang untuk satu pengecasan penuh dan hanya perlukan 39 minit untuk mengecas daripada 0% sehingga 60%.

Kualiti kamera yang jelas

Berbincang mengenai kualiti kamera, para pengguna pastinya tidak perlu risau kerana model ini turut dilengkapkan dengan kamera 5-megapixel pada bahagian hadapan dan 13-megapixel pada bahagian belakang sekaligus memudahkan anda untuk mendapatkan pelbagai gambar tanpa masalah atau menjalankan meeting menerusi aplikasi seperti Zoom dan Google Meet.

Harga

Mengulas dari segi harga, ASUS Vivobook 13 Slate OLED sedia ditawarkan bermula 25 Januari 2022 ini dengan harga bermula daripada RM3,499. Para pengguna berpeluang mendapatkannya menerusi laman rasmi rasmi ASUS serta pengedar rasmi ASUS.

TM pada minggu lalu turut memaklumkan pengguna unifi bakal menerima bil dengan paparan harga bayaran ‘lebih rendah’ pada bulan hadapan.

Pengguna unifi Dijangka Terima Bil Dengan Paparan Harga Bayaran ‘Lebih Rendah’ Pada Bulan Hadapan

Shell Recharge HPC Pertama Malaysia Secara Rasmi Dibuka Di Tangkak, Johor