Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

ASUS pada minggu ini telah melancarkan beberapa model telefon pintar termasuk ASUS ROG Phone 6D dan ASUS ROG Phone 6D Ultimate. Selain itu, pihak ASUS juga turut memperkenalkan model telefon edisi khas dengan kerjasama Warner Bros iaitu ASUS ROG Phone 6 edisi Batman.

Artikel Berkaitan:

Model edisi khas ini hadir dengan dua pilihan variasi mengikut cip iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 dan MediaTek Dimensity 9000+ yang mana masing-masing hadir dengan memori 12GB RAM dan 256GB ruang storan.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Mengekalkan ciri yang tersedia pada ASUS ROG Phone 6, model edisi khas ini turut disertakan dengan kandungan gambar latar, animasi dan grafik tambahan berasaskan Batman.

Lebih unik, para pembeli model ini bakal turut disertakan dengan kotak khusus yang menyertakan lampu pemancar logo Batman serta slot mengeluarkan SIM dengan logo Batman.

Setakat ini, masih belum diketahui model edisi khas bakal memasuki pasaran Malaysia atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, model yang dilancarkan pada kali ini pastinya bakal menarik perhatian mereka yang merupakan peminat adiwira Batman.