Asus ROG Phone 2 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Pada 23 Julai

Berjaya membuatkan orang ramai teruja menerusi model pertama telefon pintar gaming mereka, Asus pada kali ini bakal meneruskan siri ROG menerusi model Asus ROG Phone 2.

Menerusi model kedua ini sudah pastinya prestasi serta spesifikasi yang hebat antara yang dinantikan para gamer telefon pintar. Berdasarkan ura-ura dilaporkan Asus ROG Phone 2 bakal disertakan dengan skrin dengan 120Hz refresh rate, processor Snapdragon 855, 12GB RAM serta ruang storan yang besar.

Teknologi pengecasan pantas, sistem penyejukan yang lebih efisien serta beberapa aksesori terbaru antara yang dijangkakan khusus buat para gamer yang impikan telefon pintar yang kurang panas meskipun bermain dalam jangka masa yang panjang.

Model gaming daripada Asus ini dijangkakan bakal dilancarkan pada 23 Julai ini. Sama-sama kita nantikan apakah lagi kejutan yang bakal dibawakan Asus pada kali ini.

Sumber
Exit mobile version