Bersempena dengan aturcara ‘Be Unstoppable’ pada hari ini, ASUS ROG secara rasminya telah melancarkan sejumlah produk terbaru merangkumi Asus Mothership, Glacier Blue ROG Zephyrus S GX502 dan ROG Strix G G531 serta desktop ROG Huracan.
Asus ROG Mothership berjaya menjadi highlight utama pada acara ini dimana komputer ini hadir dengan spesifikasi yang memukau. Model ini dikhususkan buat mereka yang mahukan yang terbaik untuk bermain game disamping menjalankan tugas dengan lancar.
Dari segi spesifikasi, Asus ROG Mothership disertakan dengan processor Intel i9-9980HK, kad grafik NVIDA GeForce 2080 GDDR6 8GB, 32GB RAM beserta 512GB SSD. Model ini hadir dengan skrin 17.3-inci FHD 144Hz dengan sokongan G-SYNC.
Melihat kepada spesifikasi yang ditawarkan, jelas model tidak mempunyai masalah untuk mejalankan game keluaran terbaru dalam setting grafik yang tinggi.
Sesuai dengan teknologi yang ditawarkan, ASUS ROG Mothership sedia untuk menjadi milik anda dengan harga RM26,999 dan bakal tersedia di pasaran pada penghujung Julai ini.
Selain itu, model Glacier Blue turut mencuri tumpuan ramai dimana model ini hadir dengan biru yang melambangkan Intelligent Cooling. Warna yang ditampilkan bakal membuatkan komputer riba pengguna tampil unik dan berbeza berbanding komputer riba yang lain.
Dua model yang diperkenakan adalah ROG Zephyrus S GX502 dan ROG Strix G G531 dimana masing-masing hadir dengan harga RM8,899 dan RM3,899. Difahamkan model Glacier Blue ini bakal mula ditawarkan di Malaysia pada penghujung Ogos ini.