ASUS ROG sememangnya tidak gagal dalam menawarkan seleksi produk buat para pengguna. Baik buat pengguna kasual, profesional mahupun para gamer. Pada kali ini, ASUS ROG sekali lagi tampil berbeza daripada kebiasaan dengan melancarkan ASUS ROG Flow Z13.

Apa yang unik mengenai model terbaru ASUS ROG ini adalah model ini merupakan komputer tablet gaming paling berkuasa di pasaran pada ketika ini. Dalam erti kata lain, anda boleh menggunakan ASUS ROG Flow Z13 sebagai sebuah komputer riba dan bermain game berprestasi tinggi dan juga menggunakannya sebagai sebuah tablet.

Mengulas dari segi paparan, ASUS ROG Flow Z13 hadir dengan rekaan yang unik di mana kesemua komponen model ini tersedia di belakang skrin seperti mana tablet-tablet lain di pasaran.

Model ini menawarkan skrin sesentuh 13-inci dengan nisbah 16:10. Resolusi model ini ditawarkan pada 1920×1200 atau 3840×2400 bergantung kepada pemilihan CPU. Selain itu, model ini turut menyokong resolusi sehingga 4K dengan refresh rate 60Hz bergantung kepada spesifikasi.

Dari segi spesifikasi, model ini hadir dengan beberapa pilihan yang terdiri daripada Intel Core i7-12700H atau Intel Core i9-12900H, RAM 16GB LPDDR5 dan juga storan SSD dengan saiz 512GB. Sokongan storan sehingga 1TB antara yang ditawarkan buat model Intel Core i9.

ASUS ROG memilih untuk menyertakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 bagi model Intel Core i7 manakala NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti ditawarkan buat model Intel Core i9.

Tablet ROG Flow Z13 juga akan hadir dengan papan kekunci terbina yang boleh disambungkan kepada bahagian tablet ini secara fizikal menggunakan magnet ataupun disambungkan secara nirwayar menggunakan sambungan WiFi ataupun Bluetooth.

Khusus buat pengguna yang lebih kuasa, model ini turut didatangkan dengan kad grafik luaran menerusi ROG XG Mobile yang disertakan sebuah NVIDIA GeForce RTX 3080 beserta pelbagai port dan card reader.

ASUS ROG Flow Z13 sedia ditawarkan dengan harga bermula daripada RM7,999 untuk model Intel Core i7 dan RM8,999 untuk model dengan CPU Intel Core i9. Kedua-dua model ini tidak ditawarkan bersama kad grafik ROG XG Mobile.

Model ASUS ROG Flow Z13 beserta kad grafik ROG XG Mobile hadir dengan harga yang lebih tinggi bersesuaian dengan spesifikasi yang ditawarkan iaitu RM15,999. Para pengguna turut berpeluang mendapatkan ROG Chakram Core dan ROG Delta secara percuma.

Tempahan bermula 23 Mac sehingga 31 Mei 2022 bakal membolehkan para menempah mendapatkan sebuah Xbox Wireless Controller bernilai RM299.

ROG pada minggu ini turut melancarkan siri gaming backpack yang boleh dipakai dengan pelbagai gaya dengan harga serendah RM399 sahaja. 

ROG Lancarkan Siri Gaming Backpack Penuh Gaya Dengan Harga Serendah RM399

Serendah RM30, Koleksi IKEA Gaming x ROG Mula Dijual 11 November Ini

Sumber