Berjaya menawarkan komputer riba mampu milik dengan spesifikasi hebat memenuhi kehendak pengguna, ASUS pada kali ini kembali memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka menerusi siri Zenfone 8 Series.

Pada siri kali ini, ASUS telah menawarkan dua model telefon pintar iaitu Zenfone 8 dan Zenfone 8 Flip yang hadir dengan rekaan dan saiz skrin yang berbeza.

ASUS Zenfone 8 merupakan telefon pintar kompak daripada ASUS yang ditawarkan dengan saiz skrin 5.9-inci. Penggunaan paparan Samsung AMOLED 5.9-inci beserta refresh rate 120Hz sekaligus memastikan pengalaman penggunaan model ini lebih lancar. Selain itu, model ini turut dilengkapkan dengan kamera 64-megapixel daripada Sony.

IMG_9753

IMG_10066

ASUS Zenfone 8 Flip pula tampil dengan rekaan yang agak unik pada bahagian kamera membolehkan pengguna melaraskan kamera belakang ke bahagian hadapan untuk berswafoto.

Model ini turut dilengkapkan dengan tiga kamera daripada Sony beserta lensa ultra lebar dan telephoto. Selain itu, model ini turut hadir dengan saiz yang lebih besar dengan penawaran skrin 6.5-inci dan paparan Samsung AMOLED 120Hz.

Membuatkan kedua-dua model ini menarik perhatian ramai, ASUS Zenfone 8 Series ini menggunakan processor terbaik buat peranti Android ketika ini iaitu Snapdragon 888.

Zenfone 8 Series Announcement

Para pengguna berpeluang mendapatkan ASUS Zenfone 8 dengan harga serendah RM2,699 sahaja dengan spesifikasi RAM 8/16GB dan ruang storan 128/256GB. Lebih menarik, para pengguna turut berpeluang mendapatkan SolidSuit Case buat model ini menerusi pembelian awal bermula 28 Mei sehingga 11 Jun 2021.

Bukan itu sahaja, ASUS turut menawarkan program trade-in di mana anda boleh menerima rebat sebanyak RM200 menerusi pertukaran model lama Zenfone anda. Buat anda yang berminat dengan ASUS Zenfone 8 Series, anda boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Foxconn selaku syarikat penghasilan Apple iPhone dilaporkan berminat untuk membeli pegangan saham syarikat pembuatan cip di Malaysia.

https://www.thevocket.com/foxconn-dalam-perbincangan-beli-pegangan-syarikat-pembuat-cip-di-malaysia/

https://www.thevocket.com/serendah-rm799-ini-antara-fungsi-redmi-note-10-5g/