Sebut mengenai Alan Walker pasti ramai yang mengenalinya. Berjaya popular menerusi lagu Faded dan Alone membuatkan beliau berjaya mengumpul jumlah peminat yang ramai seluruh dunia.

Terbaharu, jenama ASUS telah mengumukan kerjasama secara rasmi bersama Alan Walker dalam menawarkan komputer riba ASUS ROG Zephyrus G14 edisi istimewa.

ROG 14_2

Model edisi Alan Walker ini hadir dengan skrin 14-inci 120Hz dan dikuasakan oleh processor AMD Ryzen R9-5900HS. RAM dan ruang storan pula masing-masing dilengkapi dengan 16GB DDR4 dan 1TB SSD manakala kad grafik pula dilengkapi dengan NVIDIA GTX 16GB DDR4.

Menariknya, model ini hadir dengan rekaan yang agak unik khususnya pada bahagian luaran dan keyboard. Bukan itu sahaja, setiap pembelian model ROG Zephyrus edisi Alan Walker ini turut hadir ditawarkan bersama topi dan stokin dengan ROG dan Alan Walker.

rog 14_3

rog 14

Menurut ASUS Malaysia, komputer riba ROG Zephyrus G14 versi Alan Walker ini sedia ditawarkan pada pasaran tempatan bermula September ini manakala harganya bakal diumum kelak.

Ketahui juga model ASUS TUF 2021 yang menjadi pilihan pelajar dan gamer berikutan spesifikasi dan harganya yang berbaloi.

https://www.thevocket.com/asus-tuf-2021/

ASUS ZenBook 13 & 14, Ultrabook Serba Lengkap Buat Anda Yang Kerap ‘On The Go’