Mulai dilancarkan seawal 2017, jenama A&S dilihat semakin meningkat naik sebaga perekacipta, pembuat dan pengedar produk-produk elektronik pengguna termaju.

Terbaharu, A&S Distribution Sdn Bhd telah mengambil bahagian dalam sebuah atur cara teknologi tersohor iaitu CES 2020. Atur cara ini digunakan A&S Distribution dalam mengumumkan sebuah lagi barisan produk baru dimana pada kali ini A&S Distribution telah bekerjasama bersama DC.

Antara produk yang diperkenalkan terdiri daripada fon telinga tanpa wayar sebenar Batman, fon telinga tanpa wayar sebenar Wonder Woman, dan juga perkakas-perkakas elektronik dengan Harley Quinn, Supergirl dan watak-watak DC lain.

IMG_20200107_160812

IMG_20200107_160637

IMG_20200107_161605

IMG_20200107_161752

Selain itu, A&S Distribution turut memperkenalkan beberapa lagi produk lain seperti pembersih vakum tanpa wayar La Femmina Medio, pembersih vakum tanpa wayar La Femmina Perfetto dan pengering rambut tanpa wayar Styler.

Jenama ini juga turut menerima anugerah penghormatan anugerah inovasi CES melalui produk pengerinting rambut automatik tanpa wayar. Tahniah diucapkan buat A&S Distribution. Semoga lebih banyak produk dapat dipasarakan dengan lebih meluas khusus buat pasaran tempatan mahupun luar negara.

Hangat dibincangkan lagi pada minggu ini apabila Apple dilaporkan bakal melancarkan iPhone 9 dan iPad Pro baharu. Turut dikongsikan, Sony PS5 tidak lagi dapat dijual dengan harga mampu milik.

https://www.thevocket.com/iphone-9-bakal-dilancarkan-31-mac-ini/

https://www.thevocket.com/sony-berdepan-masalah-untuk-jual-ps5-pada-harga-yang-mampu-milik/