Sejak mula diperkenalkan, Apple iPhone XR berjaya mendapat sambutan ramai. Harga yang dikategorikan sebagai mampu milik oleh peminat jenama ini serta spesifikasinya yang menarik antara yang membuatkan orang ramai mendapatkannya.
Pada tahun ini, Apple dijangka bakal memperkenalkan model iPhone XR versi terbaru yang bakal dinamakan sebagai Apple iPhone XR 2. Berdasarkan laporan daripada MacOtakara, Apple iPhone XR 2 bakal dilengkapi dengan dwi-kamera manakala model iPhone dengan spesfikasi tertinggi bakal hadir dengan tiga kamera pada bahagian belakang.
Difahamkan kamera kedua iPhone XR 2 yang bakal dilancarkan pada tahun ini bakal menyertakan lensa telefoto. Dalam erti lain model terbaru ini membolehkan pengguna mendapatkan gambar dengan jarak yang jauh dengan jelas.
Setakat ini masih belum diketahui spesifikasi penuh bagi Apple iPhone XR 2. Sama-sama kita nantikan ura-ura terbaru sementara menantikan model terbaru iPhone yang bakal dilancarkan pada