Sudah menjadi kebiasaan setiap tahun dimana Apple bakal melancarkan model terbaru mereka termasuk iPhone pada bulan September.

Pada tahun ini menerusi Apple Event, Apple akan melancarkan beberapa produk terdiri daripada AirPods, Apple Watch dan iPhone. Berikut merupakan perubahan terbaru yang ditawarkan pada Apple Watch Series 8 Dan Apple Watch SE genarasi kedua.

Apple Watch Series 8

Sumber Gambar: YouTube

Apple Watch Series 8 pada kali ini nampaknya lebih memfokuskan kepada prestasi buat para pengguna beserta beberapa fungsi yang telah dipertingkatkan.

Menerusi model terbaru ini, Apple menjanjikan sokongan bateri selama 18 jam dan kini ia turut menyertakan sokongan Low Power Mode menawarkan penggunaan sehingga 36 jam lamanya.

Apple Watch Series 8 dijayakan dengan menawarkan beberapa ciri-ciri terbaru seperti kenal pasti secara automatik untuk sekiranya pengguna bertindak untuk melakukan senaman.

Sumber Gambar: YouTube

Terdapat dua sensor pada jam tangan pintar bagi mengukur perubahan suhu badan melalui kulit pada pergelangan tangan. Bacaan dilakukan setiap 5 saat melalui jam tangan pintar tersebut dan dikatakan boleh mengenal-pasti perubahan sehingga 0.1 darjah pada suhu badan.

Pihak Apple turut mendakwa model terbaru Apple Watch ini sebagai model paling lasak pernah dilancarkan mereka. Malah, terdapat ciri pengesan kemalangan yang akan menghantar mesej kecemasan kepada pihak berkaitan. Model ini boleh dibeli pada 16 September ini oleh para peminatnya.

Apple Watch SE

Sumber Gambar: YouTube

Selain model Apple Watch Series 8, Apple juga turut memperkenalkan versi SE generasi kedua. Model ini dilaporkan 20% lebih pantas berbanding generasi pertama serta turut menawarkan beberapa ciri yang tersedia pada model-model Apple Watch sebelum ini.

Harga

Mengulas mengenai harga, Apple Watch Series 8 sedia ditawarkan bermula pada harga RM1,899 manakala Apple Watch SE ditawarkan pada harga RM1,199. Selain itu, Apple juga turut menawarkan model yang lebih lasak serta hadir dengan tanda yang lebih mahal iaitu Apple Watch Ultra.

Sumber