Apple sangat mementingkan kebolehan perantinya seperti Apple Watch membantu pengguna dalam situasi kecemasan. Mereka sentiasa menerokai sebarang potensi masalah yang dihadapi untuk menambah baik ciri keselamatan yang tersedia dengan lebih baik atau ditambah dengan fungsi baharu pula.

Terbaharu, Apple dilaporkan akan membangunkan sebuah fungsi baharu yang mampu mengesan pengguna iPhone atau Apple Watch yang berada dalam kemalangan kenderaan dan menghubungi terus bantuan kecemasan. Difahamkan fungsi baharu yang dikenali sebagai pengesan kemalangan ini bakal ditawarkan kepada pengguna menjelang tahun hadapan.

Sumber Gambar: CNBC

Apple dikatakan telah mengumpul data pengguna iPhone dan Apple Watch sepanjang tahun lalu dalam membangunkan servis tersebut. Untuk menjayakannya, Apple bakal menggunakan data daripada sensor yang dimuatkan di dalam peranti berkenaan di mana ia boleh mengesan perubahan mendadak dalam daya graviti atau dikenali sebagai G-Force.

Fungsi ini sebenarnya mungkin terinspirasi daripada Google yang menawarkan aplikasi Personal Safety pada peranti Pixel mereka di mana pengguna Pixel boleh mendapatkan bantuan secepat mungkin dengan kehadiran ciri keselamatan ini apabila berlaku sesuatu kemalangan.

Sebelum ini, Apple Watch sudah terkenal dengan kebolehan memantau kesihatan seseorang serta menghubungi kenalan terdekat apabila terjatuh yang terlalu kuat.

Terdapat beberapa insiden berlaku yang mempamerkan kebolehan Apple Watch yang sangat membantu di dalam kehidupan seharian pengguna.

Bagaimana Apple Watch Bantu Selamatkan Lelaki Ini Yang Dilanggar Lari Oleh Sebuah Van

Kerap Alami Masalah Pitam, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Apple Watch Bantu Beliau Menjaga Kesihatan

Apple Sedang Bangunkan Fungsi Kesan Kesihatan Mental Menerusi iPhone