Hampir setiap tahun, pasti ada sahaja program yang dianjurkan Apple dalam usaha untuk menawarkan sekuriti yang hebat buat pengguna iPhone. Pada kali ini, perkara yang sama telah dilakukan Apple dengan menawarkan hadiah sebesar $1.5 juta (~RM6.22 juta) buat individu yang mampu menggodam iPhone.

Untuk pengetahuan, hadiah yang ditawarkan pada tahun ini dinaikkan lagi selepas Apple berjaya menawarkan $1 juta (~RM4.14 juta) pada tahun lalu. Penawaran hadiah yang tinggi ini secara tidak langsung menunjukkan keyakinan Apple mengenai sekuritinya.

No code is uncrackable
Sumber: engadget

Lebih hebat, program yang diperkenalkan Apple ini tidak hanya tertakluk pada iOS malah turut ditawarkan pada iPad OS, macOS, tvOS dan watchOS.

Sekiranya anda sendiri atau mengenali individu yang hebat dalam aktiviti melibatkan hacking, inilah masanya untuk rebutkan peluang untuk membolot hadiah bernilai jutaan Ringgit ini.

Apple difahamkan baru saja mengetahui aktiviti haram yang dilakukan pekerja Foxconn. Turut dikongsikan, data pengguna Facebook sekali lagi bocor melibatkan 267 juta nombor telefon pengguna.

https://www.thevocket.com/pekerja-kilang-foxconn-sahkan-projek-pembuatan-iphone-klon-bernilai-rm173-4-juta/

https://www.thevocket.com/data-facebook-bocor-lagi-lebih-267-juta-nombor-telefon-pengguna-tersebar/