Apple telah menawarkan kemas kini iOS 14.7 pada minggu yang lalu dengan pengenalan fungsi Apple Card dan sokongan MagSafe Battery Pack. Dalam pada itu, timbul pula sebuah lagi masalah baharu melalui kemas kini yang telah ditawarkan sekaligus menarik perhatian Apple tentang isu berkenaan.

Terbaharu, Apple sekali lagi menawarkan kemas kini versi 14.7.1 bagi mengatasi masalah berkaitan penggunaan Touch ID dan error di Apple Watch sewaktu menggunakan fungsi Unlock With iPhone.

Apple mengesyorkan semua pengguna untuk mengemaskini iOS dan iPadOS 14.7.1 yang terbaru kerana turut mengandungi kemas kini sekuriti. Untuk makluman semua, kemas kini versi iOS 14.7.1 ditawarkan kepada model iPhone 6 dan ke atas serta iPod touch generasi ketujuh.

Pengguna boleh mengemas kini iOS dan iPadOS versi terbaru ini bagi mengatasi masalah yang timbul dalam meningkatkan ciri keselamatan pada peranti anda serta mengelakkan isu melibatkan bug.

Selain itu, anda boleh meneruskan bacaan mengenai desas-desus Apple yang terbaru berkaitan siri iPhone 13 yang bakal hadir pada tahun ini.

Mahu Cepatkan Pengecasan, Apple Mungkin Perkenalkan Pengecas 25W Buat iPhone Pada Tahun Ini

Apple iPhone 13 Mungkin Ditawarkan Dengan Ruang Storan Sehingga 1TB

Sumber