Apple Tawarkan 10% Bonus Apabila Anda Tambah Wang Ke Dalam Akaun

Mac ini, Apple akan memberikan ganjaran berupa tambahan 10% untuk tambah nilai dari kad kredit atau debit ke dalam akaun Apple ID. Ganjaran ini hanya boleh ditebus sekali kepada setiap pengguna sehingga 14 Mac sahaja.

Caranya mudah sahaja, pengguna hanya perlu pergi ke laman ‘setting’, kemudian pilih ‘iTunes & AppStore’, pilih ‘Apple ID’ dan tekan ‘Funds to Apple ID’. Pengguna desktop pula boleh menambah nilai ke akaun melalui pilihan ‘Apple ID Account’ di ruangan ‘View My Account’.

Walaubagaimana pun, setakat ini tawaran bonus 10% ini dikhabarkan hanya untuk pengguna Apple di Amerika Syarikat sahaja, manakala 15% untuk pengguna Apple di Jerman dan pengguna Apple di United Kingdom, Australia dan Kanada tidak menerima sebarang notifikasi mengenai tawaran ini.

Sumber
Exit mobile version