Sudah menjadi faktor utama orang ramai mendapatkan iPhone berikutan kelancaran sistemnya serta kemas kini yang panjang selain daripada rekaannya yang memukau.
Walau bagaimanapun, di sebalik syarikat ini berjaya mengaut keuntungan yang tinggi setiap tahun, Apple dikatakan cuba ‘menipu’ pengguna dengan memperlahankan iPhone model sebelumnya. Lebih ironi, iPhone pengguna dikatakan mulai perlahan selepas Apple memperkenalkan model iPhone terbaru.
Kenyataan yang bermula daripada sekadar percubaan netizen ternyata menjadi kenyataan apabila muncul seorang pengguna yang mendapati iPhone beliau dengan bateri baharu mempunyai prestasi yang lebih baik.
Apple pada tahun 2017 seterusnya mengaku sememangnya pihak mereka sengaja memperlahankan iPhone dengan alasan untuk memanjangkan hayat bateri lithium-ion sesebuah iPhone.
Berikutan sejumlah besar pengguna yang tidak berpuas hati, Apple kemudiannya telah mengeluarkan sebuah kemas kini untuk memastikan iPhone 6, 6s dan SE mampu kembali kepada prestasi yang asal.
Meskipun kes ini berlaku pada tahun 2017, Apple baru-baru ini dilaporkan telah disaman sebanyak oleh firma dari Perancis £21 juta (RM95.2 juta) kerana tidak memaparkan secara jelas kemas kini 10.2.1 and 11.2 yang dibuat mampu menjejaskan prestasi iPhone pengguna.
Adakah Apple masih lagi memperlahankan model iPhone tahun teradahulu? Ya, Apple mengesahkan iPhone 6, SE sehingga iPhone XS dan XR antara yang telah dikurangkan prestasi melalui kemas kini terbaru demi menjaga bateri pengguna.
Apple mungkin menawarkan iPhone 9 yang bakal dilancarkan Mac ini dengan harga tidak sampai RM2,000. Turut dikongsikan, iPhone SE dan 6s mungkin masih berpeluang kemas kini iOS 14.
https://www.thevocket.com/ini-mungkin-rekaan-iphone-9-yang-bakal-dijual-dengan-harga-tidak-sampai-rm2000/
https://www.thevocket.com/iphone-se-dan-6s-mungkin-berpeluang-menerima-ios-14/