Apple Sahkan Pengeluaran iPhone Terjejas Berikutan Wabak Koronavirus

Umum tahu kilang utama pengeluaran iPhone adalah di China. Hal ini secara tidak langsung telah menimbulkan kerisauan dan spekulasi orang ramai mengenai pengeluaran telefon pintar daripada jenama ini.

Terbaharu, Apple secara rasminya telah mengeluarkan notis dengan mengatakan bekalan iPhone diseluruh dunia mungkin terjejas beikutan kehadiran wabak koronavirus. Pengumuman ini sekaligus memberi bayangan jumlah pengeluaran iPhone yang perlahan bakal memberi kesan kepada pendapatan syarikat ini.

Sumber: Apple Insider

Difahamkan meskipun pengeluaran model keluaran iPhone sudah diteruskan semula, syarikat ini tidak menafikan pengeluaran iPhone yang agak perlahan.

Sejumlah besar Apple Store yang ditutup di China serta pemintaan iPhone yang semakin menurun sejak wabak koronavirus mulai menular terpaksa membuatkan Apple menerima jumlah jualan dan keuntungan yang sedikit rendah pada kali ini.

Apple sebelum ini dilaporkan bakal melancarkan iPhone 9 seawal Mac ini dengan harga mampu milik. Setakat ini masih belum diketahui sama ada model terbaru ini bakal terkesan atau sebaliknya.

https://www.thevocket.com/iphone-9-mungkin-ditawarkan-dengan-harga-sekitar-rm1600-sahaja/

https://www.thevocket.com/kerana-coronavirus-kerajaan-jepun-hadiahkan-2000-iphone-buat-penumpang-kapal-persiaran/

 

Sumber
Exit mobile version