Apple baru-baru ini melalui aturcara ‘Show Time’ telah memperkenalkan Apple Card. Sebuah kad kredit titanium yang disambung secara terus bersama Apple Pay.

Melalui penggunaan Apple Card, para pengguna bakal menikmati penggunaan kad tanpa sebarang caj langganan, kadar faedah yang rendah, ganjaran berganda buat pengguna Apple serta penawaran sekuriti yang lebih baik buat para pengguna.

apple-card-01-1200×800

apple-card-02-1200×800

Menariknya, kad kredit titanium daripada Apple ini ternyata tampil berbeza dengan kad kredit sebelum ini dimana pengguna tidak lagi perlu tanda tangan untuk menyelesaikan pembayaran dimana para pengguna boleh menyemak senarai transaksi secara terus melalui Apple Wallet.

Untuk pengetahuan, kad kredit daripada Apple ini dijayakan dengan hasil kerjasama bersama Goldman Sachs serta Mastercard. Setakat ini Apple Card cuma ditawarkan di Amerika Syarikat dan bakal ditawarkan di negara-negara lain kelak.