Terdapat pelbagai aplikasi berbayar yang menarik sedia dibeli oleh pengguna di luar sana. Bagaimanapun, harga aplikasi-aplikasi di App Store bakal berlaku perubahan pada bulan depan.

Terbaharu, Apple baru sahaja mengumumkan bahawa harga untuk aplikasi berbayar di App Store akan meningkat bermula 5 Oktober ini. Kenaikan ini bakal merangkumi semua zon Eropah dan sebahagian negara di Asia serta Amerika Selatan.

Sumber Gambar: MacRumors

Pelarasan harga terbaharu itu akan menjadikan harga sesebuah aplikasi akan ditawarkan bermula €1.19 bersamaan RM5.43. Namun begitu, peningkatan harga ini tidak akan memberi kesan kepada langanan-langanan perkhidmatan aplikasi sedia ada yang ditawarkan menerusi App Store.

Peningkatan pantas inflasi, kadar faedah dan harga tenaga tahun ini telah menjejaskan nilai yen, euro dan juga matawang sejumlah negara di seluruh dunia. Bagi beberapa negara seperti Vietnam, kenaikan harga adalah disebabkan oleh peraturan baharu berkaitan kutipan cukai daripada pengguna.