Apple Mungkin Tidak Lagi Memperkenalkan Model MacBook Air Selepas Ini

Apple dijangka bakal memperkenalkan komputer riba terbaharu mereka iaitu MacBook Air yang menggunakan cip M2 generasi baharu pada tahun hadapan. Nama model MacBook Air sememangnya sudah sinonim dengan pengguna yang mahukan sebuah komputer riba yang nipis, ringan dan masih berkuasa tinggi sebagai satu pakej lengkap.

Dalam pada itu, terdapat ura-ura yang memaklumkan Apple mungkin tidak lagi menggunakan nama Air pada barisan model mampu milik ini bermula tahun hadapan. Hal ini dikongsikan menerusi ciapan @dylandkt di mana model terbaru ‘MacBook Air’ hanya dinamakan sebagai MacBook sahaja.

https://twitter.com/dylandkt/status/1451273835085537284?s=20

Pendekatan terbaru ini dikaitkan dengan usaha Apple dalam memudahkan perbezaan model versi Pro dengan MacBook yang mana menampilkan rekaan nipis dan tanpa kipas seperti model Air. Penamaan ini juga dilihat mengikuti langkah yang sama dibuat terhadap barisan iMac pada ketika ini di mana hanya terdapat iMac dan iMac Pro sahaja

Malah, pihak Apple seakan mahu menyelaraskan kesemua barisan produk kepada dua kategori iaitu biasa dan Pro sahaja selepas ini. Namun begitu, spekulasi ini masih belum disahkan lagi kebenarannya. Mari kita lihat sama ada Apple masih menawarkan MacBook baharu ini pada harga mampu milik atau sebaliknya.

Selain itu, anda juga mesti mengetahui perbezaan jenis laptop seperti Notebook, Ultrabook, Macbook, Chromebook dan 2-in-1 sebelum pembelian.

Perbezaan Antara Laptop Jenis Notebook, Ultrabook, MacBook, Chromebook Dan 2-in-1

7 Perkara yang Anda Perlu Lihat Dan Pertimbangkan Sebelum Beli Laptop Baharu

Sumber
Exit mobile version