Apple Mungkin Tawarkan Produk Realiti Maya Dengan Harga Mencecah RM16,746

Bila bercakap mengenai dunia meta, ia sudah pasti berkait dengan set kepala realiti maya yang perlu dipakai untuk pengalaman imersif menerusinya. Kini pelbagai syarikat terkemuka ingin membina produk realiti maya berserta dunia meta masing-masing yang dilihat kian popular hari ini.

Terbaharu, Apple dilaporkan sudah melantik Ketua Perhubungan AR Meta, Andrea Schubert untuk mengetuai berkaitan produk realiti maya. Beliau dilihat sebagai calon yang paling sesuai memandangkan sudah berpengalaman selama enam tahun dalam industri realiti maya ini.

Sumber Gambar: Linkedin

Apple telah lama dikhabarkan sedang mengusahakan set kepala VR atau AR sebagai sebahagian daripada barisan produk realiti maya campuran. Apple dilihat sedang membuat persiapan rapi dengan pelantikan tersebut bagi pelancaran set kepala realiti maya yang dijangka menjelang tahun 2022.

Meta bersama Oculus menjadi pesaing hebat di dalam arena set kepala realiti maya yang sekaligus memerlukan Apple untuk melantik seseorang yang mahir untuk menembusi pasaran itu dengan jayanya tersebut.

Berdasarkan spekulasi terkini, set kepala yang bakal diperkenalkan Apple ini akan menampilkan dua paparan 8K untuk menayangkan imej beresolusi tinggi bersama-sama sensor 3D untuk penjejakan tangan yang lancar. Model yang bakal dilancarkan ini mungkin perlu disambungkan pada iPhone atau iMac untuk memproses tugasan yang berat.

Harga yang bakal ditawarkan pula mungkin sekitar 1,000$ (~RM4,186.50) sehingga $4,000 (~RM16,746) dan akan dihantar kepada pembeli pada tahun 2022. Nampaknya pasaran set kepala realiti maya juga sedang rancak diterokai oleh syarikat gergasi di luar sana.

Perkara ini sudah diutarakan oleh Tim Cook sendiri mengenai pelancaran produk kategori baru sebelum peletakkan jawatannya di syarikat Apple.

Tim Cook Dijangka Letak Jawatan Menjelang 2025 Selepas Pelancaran Sebuah Produk Kategori Baru

https://www.thevocket.com/bekas-naib-presiden-porsche-chassis-sertai-projek-apple-car/?utm_source=oembed&utm_medium=web&utm_campaign=20211227

Exit mobile version