Nampaknya penangan Apple iPhone XS,XS Max dan XR tidak seperti yang dijangkakan Apple dan Tim Cook. Melalui laporan terbaru daripada Nikkei Asian, Apple baru-baru ini telah mengarahkan kilang pengeluaran untuk mengurangkan pengeluaran Apple iPhone sebanyak 10%.
Selain itu, perang dagangan yang berlaku diantara China dan Amerika Syarikat serta beberapa negara lagi yang mula mengharamkan Apple iPhone dijual secara tidak langsung turut memberi impak.
Untuk pengetahuan, ini merupakan pengurangan pengeluaran kali kedua sepanjang dua bulan buat Apple dimana Apple iPhone XS, XS Max dan XR merupakan model yang terlibat.
Berdasarkan peningkatan pesaing serta para pesaing yang menawarkan teknologi yang jauh lebih hebat berbanding Apple, mungkin sudah tibanya Apple menawarkan sesuatu yang lebih baik buat para pengguna menerusi model iPhone akan datang.
Buat anda yang ingin mendapatkan Apple iPhone XS Max, kini Seng Heng Malaysia turut menawarkan iPhone XS Max dengan harga sama seperti iPhone XS. Anda boleh mendapatkannya di cawangan Seng Heng berdekatan anda.
#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.