Apple telah mengemas kini perisian iWork yang merangkumi pelbagai aplikasi produktiviti untuk sistem operasi iOS dan macOS. Sekiranya anda tidak mengetahui tentang iWork, perisian ini mempunyai aplikasi seperti Microsoft Office yang dikenali sebagai Pages, Keynotes dan Numbers.

Menerusi kemas kini Keynotes, terdapat ciri baharu yang membolehkan pengguna menambah video secara langsung terus ke dalam slide pembentangan. Hal ini membolehkan penyampai muncul di dalam kandungan slide mereka yang mana sangat ideal untuk mengajar, buat video demonstrasi dan sebagainya.

Sumber Gambar: Apple

Menariknya, iWork turut menawarkan pilihan bagi pengguna lain untuk membuat pembentangan pada sesi yang sama dan boleh mengawal slide berkenaan menerusi iPhone, iPad atau Mac mereka sendiri secara langsung. Di samping itu, pengguna boleh memasukkan slide mereka ke dalam senarai untuk membuat pembentangan bagi tajuk mereka dengan mudah.

Sementara itu, aplikasi Pages juga telah ditambah baik untuk pengalaman penggunaan yang baik dari segi bacaan dan suntingan menerusi iPhone. Aplikasi Pages hadir sokongan khusus buat iPhone supaya dokumen atau media yang dipaparkan mengikut kesesuaian skrin peranti berkenaan.

Sumber Gambar: Apple

Pelbagai akses alatan suntingan telah tersedia yang boleh digunakan oleh pengguna secara terus pada dokumen atau media tersebut. Bukan itu sahaja, teks kandungan juga telah dibesarkan bagi memudahkan pengguna untuk membaca menerusinya.

Akhir sekali, aplikasi Numbers telah mendapat kemas kini perisian dan mempunyai fungsi pivot table seperti Excel. Melaluinya, pengguna boleh mencipta, meringkas, menggelompokkan dan menyusun semula data dengan mudah.

Sumber Gambar: Google

Kini fungsi pivot table juga hadir dengan ciri penuh ke peranti telefon pintar pula. Oleh itu, pengguna sudah boleh mengakses fail dengan mudah dan meneruskan tugasan pada mana-mana peranti selepas ini. Untuk menambah produktiviti lagi, pengguna boleh berkongsi pivot table berkenaan bersama yang lain dan eksport terus ke Microsoft Excel.

Kesemua aplikasi ini hadir dengan sokongan penterjemahan bahasa yang telah diperkenalkan menerusi iOS 15, iPadOS 15 dan macOS Monterey. Anda hanya perlu memasang sistem operasi terbaharu untuk menikmati semua pembaharuan dan ciri yang ditambah pada perisian iWork kali ini.

Ketahui senarai peranti iPhone dan iPad yang menerima kemas kini iOS 15 menerusi pautan di bawah.

Kemas Kini Apple iOS15 Dan iPadOS 15 Bakal Ditawarkan Bermula 21 September Ini

5 Ciri Menarik Yang Bakal Menarik Perhatian Anda Pada Kemas Kini iOS 15

Sumber