Apple Mahu Mudahkan Pengguna Yang Memakai ‘Face Mask’ Mengakses FaceID

Sejak wabak COVID-19 melanda, sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai untuk memakai face mask apabila berada di luar rumah. Penggunaan face mask ini secara tidak langsung telah menyukarkan pengguna yang memakai iPhone dengan teknologi FaceID untuk unlock iPhone mereka.

Melihatkan kepada kes wabak COVID-19 yang bakal berlarutan serta mahu memudahkan pengguna, Apple nampaknya telah mula hadir dengan kemas kini iOS 13.5 beta dimana kemas kini terbaru ini bakal memudahkan pengguna unlock iPhone meskipun menggunakan face mask.

Setakat ini, kemas kini ini masih ditawarkan dalam versi beta. Walau bagaimanapun, pengenalan kemas kini terbaru ini sekaligus memberi bayangan dimana fungsi ini bakal diperkenalkan ke semua pengguna tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan, fungsi FaceID seperti yang dinyatakan tersedia buat model iPhone X, iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

Menurut ura-ura, Apple iPhone 12 yang bakal dilancarkan pada akhir tahun ini dijangka bakal hadir dengan harga sekitar RM2,749. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

https://www.thevocket.com/apple-iphone-12-bakal-ditawarkan-dengan-harga-sekitar-rm2749/

https://www.thevocket.com/tim-cook-dakwa-iphone-se-lebih-pantas-berbanding-telefon-pintar-android-terbaik-di-pasaran/

Exit mobile version