Apple Malaysia kini sudah mulai menawarkan komputer riba MacBook Pro terbaru yang dijana dengan cip Apple M2 menerusi laman rasmi kedai dalam talian mereka. Terdapat dua jenis warna bersama sejumlah pilihan padanan spesifikasi yang boleh didapatkan oleh pengguna tempatan pada kali ini.

Untuk makluman, model ini hadir dengan skrin 13-inci dengan pilihan storan mencecah 2TB. Cip Apple M2 ini dikatakan mempunyai prestasi pemprosesan 18% lebih tinggi selain GPU 35% lebih berkuasa. Malah, penggunaan tenaga yang lebih efisien menjanjikan tempoh penggunaan yang lebih lama.

Sumber Gambar: Youtube

MacBook Pro ini bagaimanapun masih menggunakan rekaan yang lama serta menyertakan ciri Touch Bar. Kamera hadapan pula yang menyokong resolusi 720p sahaja berbanding beberapa model lain. Skrin pula mempunyai 500nits dan juga warna gamut P3 sekaligus menawarkan paparan visual yang lebih jelas dan vibran.

Buat anda yang berminat, kini anda boleh mendapatkan MacBook Pro 2022 pada harga bermula RM5,699 pada hari ini. Model ini sememangnya sesuai untuk para profesional yang mahukan sebuah komputer riba yang serba canggih untuk melakukan sebarang tugasan walau di mana jua.

Ikuti juga berita hangat berkaitan seorang ikon internet yang dilaporkan mengalami kerugian mencecah RM176 juta ekoran pelaburan kriptowang.

Gara-Gara Labur Semua Wang Dalam Kriptowang, Jake Paul Dilaporkan ‘Miskin’ Selepas Rugi RM176 Juta

Didakwa Menipu Dalam Skim Piramid Doge Coin, Elon Musk Disaman Dengan Nilai RM1.1 Trilion

Sumber