MacBook Pro 16-inci dengan pilihan cip M1 Max antara yang diperkenalkan oleh Apple pada baru-baru ini. Memandangkan model ini merupakan paling berkuasa tinggi di dalam senarai penawaran, Apple telah mengesahkan tentang penyertaan sebuah mod khas padanya yang digelar sebagai ‘High Power Mode’.

Dengan mengaktifkan mod khas ini, anda berpeluang meningkatkan kemampuan MacBook Pro tersebut pada tahap yang maksimum dengan tenaga yang tinggi untuk memudahkan pemprosesan yang melibatkan rendering fail besar serta menjalankan pelbagai tugasan dengan lebih lancar.

Sumber Gambar: Macrumors

Berdasarkan teks penerangan pada macOS Monterey telah mengingatkan bahawa mod khas ini bakal menggunakan tenaga yang tinggi sekaligus menyebabkan bunyi kipas yang kuat sewaktu ia beroperasi. Selain itu, pengguna disarankan memakai mod ini untuk tugasan yang berat sahaja dan bukan pula untuk tugasan harian yang biasa.

Tambahan pula, penawaran mod khas ini hanya disediakan buat model MacBook Pro 16-inci yang dikuasakan denga cip M1 Max sahaja. Dalam erti kata lain, MacBook Pro 14-inci dan semua varian MacBook Pro yang menggunakan M1 Pro tidak dapat menikmati fungsi mod khas berkenaan.

Ketahui spesifikasi tertinggi MacBook Pro yang boleh didapatkan oleh pengguna dengan harga penawaran harga sehingga RM25,199.

Apple MacBook Pro Dengan Pilihan Spesifikasi Tertinggi Ditawarkan Dengan Harga RM25,199

Apple MacBook Pro Dilancarkan Dengan Dua Pilihan Cip Apple M1 Baharu Bermula Daripada RM8,799