Pengenalan MacBook Pro generasi baharu bakal melengkapkan ekosistem barisan peranti terkini Apple pada tahun ini. Dijangkakan acara pelancaran MacBook Pro 2021 akan berlangsung tidak lama lagi. Perkara yang telah menarik perhatian pengguna pada kali ini sudah tentunya penggunaan cip terbaru Apple M1X.

Terbaharu, terdapat ura-ura melaporkan MacBook Pro dengan cip Apple M1X bakal didatangkan dengan dua pilihan saiz skrin iaitu 14-inci dan 16-inci dengan sokongan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 512GB SSD. Maklumat ini tertiris apabila seseorang individu telah menyambungkan iPhone miliknya ke prototaip MacBook Pro M1X tersebut.

Sumber: Ian

Selain itu, Apple juga dikatakan bakal menawarkan pilihan memori sehingga 32GB RAM serta storan dalaman sehingga 2TB. MacBook Pro pada kali ini dijangka bakal didatangkan dengan penambahan port sambungan baharu yang merangkumi slot kad SD dan HDMI berserta pilihan GPU sehingga 32-core.

Setakat ini, spesifikasi yang disebutkan hanyalah sekadar ura-ura. Sama-sama kita nantikan pelancarannya yang dijangka bakal berlangsung sekitar bulan ini.

Sementara itu, siri Apple iPhone 13 sudah mulai dijual secara rasmi di Malaysia bermula hari ini.

Siri Apple iPhone 13 Mulai Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Bermula Hari Ini

Baru Sahaja Dibuka Pra-Tempahan, iPhone 13 Pro Max Berjaya ‘Sold Out’ Dalam Tempoh Yang Singkat

Sumber