Apple Kongsi 6 Gambar ‘Night Mode’ Terbaik Yang Dirakam Hanya Dengan iPhone

Setiap tahun pasti ada sahaja pertandingan fotografi yang dianjurkan Apple. Sesuai dengan matlamat Apple untuk menghasilkan iPhone sebagai telefon pintar yang dekat dengan pengguna baik dari segi kegunaan untuk berhubung, hiburan, muzik dan juga kamera.

Pada kali ini, Apple baru sahaja mengumumkan enam pilihan gambar yang daripada ribuan gambar yang menyertai pertandingan fotografi bagi kategori Night mode pada iPhone. Pertandingan ini dilancarkan dalam menampilkan kehebatan kamera siri terbaru iPhone 11 yang hadir dengan fungsi Night mode.

Untuk pengetahuan, enam gambar ini telah dipilih daripada keputusan beberapa juri terdiri daripada Malin Fezehai (US), Tyler Mitchell (US), Sarah Lee (UK), Alexvi Li (China), Darren Soh (Singapore), Phil Schiller, Kaiann Drance, Brooks Kraft, Jon McCormack dan Arem Duplessis. Berikut merupakan enam pemenang gambar Night mode yang terpilih pada tahun ini.

Konstantin Chalabov (Moscow, Russia), iPhone 11 Pro
Andrei Manuilov (Moscow, Russia), iPhone 11 Pro Max
Mitsun Soni (Mumbai, Maharashtra, India), iPhone 11 Pro
Rubén P. Bescós (Pamplona, Navarra, Spain), iPhone 11 Pro Max
Rustam Shagimordanov (Moscow, Russia), iPhone 11
Yu “Eric” Zhang (Beijing, China), iPhone 11 Pro Max

Hebat-hebat belaka bukan? Siapa sangka hanya berbekalkan semua iPhone kesemua gambar ini boleh diambil terus daripada sebuah telefon pintar sahaja.

Mengulas secara keseluruhan gambar pemenang, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max terbukti berjaya menghasilkan gambar yang terang meskipun dalam keadaan malap tanpa meminggirkan aspek depth.

Menurut Darren Soh selaku salah seorang juri pemilihan gambar Night mode daripada Apple ini, kriteria utama dalam memilih gambar yang terbaik adalah gambar yang mampu menerangkan cerita di sebaliknya dengan sempurna.

Menariknya dengan iPhone, para pengguna tidak lagi perlu memikirkan secara mendalam soal exposure dan focus memandangkan iPhone sudah dilengkapi dengan auto-focus sekaligus membuatkan pengalaman mengambil gambar lebih mudah dengan hanya memfokuskan kepada komposisi sahaja.

Kata orang, kamera yang terbaik yang seseorang jurugambar miliki adalah yang terbaik untuknya dan dapat dilihat kini jurugambar lebih selesa mengambil gambar menggunakan iPhone berbanding DSLR khususnya untuk dimuat naik di Instagram.

Lihat juga kehebatan iPhone 11 Pro yang berjaya menghasilkan gambar yang sangat indah di Masjid Sri Sendayan. Turut dikongsikan, kehebatan kualiti video Apple iPhone 11 Pro dalam rakaman 4K.

https://www.thevocket.com/lihat-masjid-rm100-juta-sri-sendayan-seremban-yang-diambil-dengan-iphone-11-pro/

https://www.thevocket.com/tonton-kehebatan-kualiti-video-apple-iphone-11-pro-dalam-rakaman-4k/

 

Exit mobile version