Apple iPhone SE Sedia Untuk Ditempah Dengan Harga RM1,999 Bermula 11 Mei

Berjaya membuatkan orang ramai teruja sejak hari pertama diumumkan, akhirnya penantian pengguna di Malaysia untuk mendapatkan iPhone SE generasi terbaru bakal berakhir apabila model ini sedia untuk ditempah di laman rasmi Apple Malaysia bermula 11 Mei ini.

Tampil dengan rekaan yang hampir mirip seperti model yang pernah dilancarkan sebelum ini, iPhone SE 2020 nampaknya membawa DNA yang hampir sama iPhone SE keluaran 2016 dalam menawarkan iPhone mampu milik beserta spesifikasi berbaloi.

Apa yang membuatkan orang ramai teruja selain daripada harganya sudah pastinya penyertaan processor Apple A13 Bionic yang turut digunakan pada iPhone 11 Pro. Dalam erti kata lain, anda berpeluang mendapat prestasi yang hampir sama seperti iPhone 11 Pro pada model dengan harga yang sangat berbaloi.

Sering kali hadir dengan harga yang premium, Apple pada kali ini nampaknya bakal menawarkan iPhone SE dengan harga mampu milik iaitu cuma RM1,999 sahaja bagi model iPhone SE 64GB.

Sumber: e-technologies

Buat anda yang mahukan ruang storan yang lebih tinggi, model ini turut ditawarkan dengan ruang storan 128GB dan 256GB dengan harga RM2,199 dan RM2,699. Anda yang berminat untuk mendapatkan iPhone SE generasi terbaru boleh mulai menempah di laman rasmi Apple Malaysia bermula 11 Mei ini.

CEO Apple turut baru-baru ini turut mendakwa iPhone SE yang baru sahaja dilancarkan mempunyai prestasi yang lebih pantas berbanding telefon pintar Android terbaik di pasaran. Ketahui juga 5 sebab iPhone SE mampu menjadi telefon pintar berbaloi untuk didapatkan.

https://www.thevocket.com/tim-cook-dakwa-iphone-se-lebih-pantas-berbanding-telefon-pintar-android-terbaik-di-pasaran/

https://www.thevocket.com/5-sebab-iphone-se-berharga-rm1999-mampu-tewaskan-pencabar-apple-yang-lain/

Exit mobile version