Masih berbaki beberapa bulan sebelum pelancaran Apple iPhone keluaran tahun ini, nampaknya ura-ura bagi Apple iPhone keluaran tahun hadapan sudahpun kedengaran.
Menurut MacRumors, Apple dijangka bakal memperkenalkan teknologi pengimbas cap jadi diatas skrin pada model keluaran mereka seawal tahun hadapan.
Penawaran teknologi ini dilihat sebagai teknologi yang lebih baik dan futuristik berbanding FaceID. Ironinya, pesaing mereka khususnya telefon pintar yang menjalankan sistem operasi Android telahpun memperkenalkan teknologi ini sejak daripada tahun lalu.
Selain itu, difahamkan model Apple iPhone keluaran 2020 bakal menyokong rangkaian 5G beserta penawaran kamera belakang yang lebih baik. Apple dijangka melancarkan iPhone terbaru pada September ini manakala model keluaran tahun hadapan kemungkinan besar bakal dilancarkan pada bulan yang sama. Sama-sama kita nantikan apa kejutan yang bakal dibawakan Apple pada kali ini.
Baca lagi: Apple iOS 13 Mungkin Tidak Lagi Menyokong iPhone 6 Dan Ke Bawah