Sudah tidak misteri lagi syarikat-syarikat besar seperti Apple, Facebook dan Google banyak menyimpan maklumat para pengguna. Sama ada maklumat kecil atau besar, semuanya disimpan bagi mensasarkan pengguna kepada iklan yang berkaitan.
Terbaru, seorang penulis di Medium telah berkongsi cara-cara untuk anda menyemak lokasi yang pernah dijejaki serta disimpan Apple melalui iPhone anda. Lebih mengejutkan, lokasi yang disimpan turut melibatkan lokasi yang pernah dijejaki beberapa bulan dahulu. Berikut merupakan cara-caranya.
Untuk menyemak lokasi yang pernah dijejaki, anda boleh ke bahagian settings seterusnya tekan pada bahagian privacy. Seterusnya anda boleh klik pada location services seterusnya klik pada system services. Terakhir, klik pada significant locations. Kini, anda berpeluang lihat segala lokasi yang disimpan Apple iPhone anda. Selamat mencuba!
Adakah anda tidak mahu dijejaki?
Sekiranya anda berasa paranoid dan merasakan Apple telah mengambil privasi anda, anda sebenarnya turut diberi peluang untuk menutup servis ini. Apa yang perlu anda lakukan anda menutup tatapan significant location dalam bahagian settings. Selain itu, anda juga boleh memadam segala sejarah lokasi yang pernah dijejaki Apple.
Pada sesetengah individu, mungkin agak menakutkan apabila teknologi dalam diam sudah mula mengetahui segala tingkah laku serta pergerakan sepanjang bergantung kepada teknologi dan platform syarikat-syarikat besar ini.