Apple sudah pun memperkenalkan siri iPhone 14 pada minggu lepas dan membuka pra-tempahan untuk negara-negara terpilih. Pada siri ini, iPhone 14 versi biasa dilihat menampilkan spesifikasi yang berbeza berbanding iPhone 14 versi Pro sekaligus menunjukkan jurang yang besar antara kedua-duanya.

Menerusi dapatan data awal penganalisa Ming-Chi Kuo, beliau mengatakan permintaan iPhone 14 Pro Max sangatlah tinggi berbanding model-model lain. Sementara iPhone 14 Pro juga dilihat sebagai sasaran utama oleh para pengguna untuk mereka yang mahukan peranti yang lebih kompak dengan spesifikasi terkini.

Sumber Gambar: Tom guide’s

Sementara model iPhone 14 dan iPhone 14 Plus pula mempamerkan permintaan yang sangat rendah. Lebih mengejutkan, permintaan barisan iPhone 14 versi biasa mempunyai permintaan yang lebih rendah berbanding iPhone 13 mini dan iPhone SE 3 yang dilancarkan sebelum ini.

Hal ini sekaligus memperlihatkan orang ramai lebih meminati perubahan besar yang dibawakan pada iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max yang menyertakan kamera yang lebih berkuasa, cip yang lebih maju dan juga ciri Dynamic Island pad bahagian skrin berlubang.