Berbaki beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran iPhone 14 secara rasmi diadakan. Sementara menunggu kehadirannya, semakin banyak timbul spekulasi menarik berkaitan ciri baharu yang dijangka bakal hadir pada iPhone 14 kali ini.

Menerusi laporan terbaharu, iPhone 14 akan menjadi model yang terawal hadir dengan sambungan satelit. Apple dijangka menggunakan perkhidmatan Globalstar untuk tujuan berkenaan.

Sumber Gambar: Business Insider

Berdasarkan jangkaan awal, sambungan satelit ini hanya boleh digunakan untuk komunikasi kecemasan. Jadi, pengguna iPhone boleh melaporkan kecemasan kepada pihak berkuasa dan juga menghantar mesej kepada ahli terdekat menerusi sambungan satelit terutamanya di kawasan pendalaman atau lokasi liputan telekomunikasi yang terhad.

Desas-desus ini sudah dibincangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang mana mempunyai potensi ia bakal hadir pada siri iPhone generasi kali ni. Bercakap mengenai teknologi secanggih ini, ramai turut menjangka peningkatan harga yang lebih tinggi berbanding model sebelum ini.

Selain teknologi telekomunikasi yang canggih, Apple juga dijangka menggunakan kaca Zirconia yang lebih tahan lasak untuk iPhone dan Apple Watch.

Apple Dijangka Menggunakan Kaca Zirconia Yang Lebih Tahan Lasak Untuk iPhone Dan Apple Watch

TSMC Dilaporkan Sudah Bersedia Mahu Hasilkan Cip 3nm Untuk Apple M2 Pro