Sekitar 14 Oktober lalu, Apple telah melancarkan empat model iPhone secara serentak menerusi siri iPhone 12. Selain daripada teknologi baharu yang diperkenalkan, Apple pada kali ini mencipta kelainan apabila tidak lagi menyertakan charger atau palam pengecasan buat para pengguna.
Menerusi laporan baharu, iPhone 12 Mini dengan saiz skrin serta bateri terkecil daripada siri dilaporkan sekadar mampu menerima 12W berbanding 15W sewaktu dicas menggunakan MagSafe.
Dalam pada itu, bakal pengguna iPhone 12 Mini masih lagi dapat mengecas dengan 20W menggunakan palam pengecasan serta kaedah pengecasan yang biasa.
iPhone 12 Mini hadir dengan harga terendah pada siri ini iaitu RM3,399 diikuti dengan iPhone 12 pada harga RM3,899.
Kesemua siri iPhone 12 sedia ditawarkan secara pra-tempah bermula hari ini pada jam 9 malam dan para pembeli berpeluang menerimanya seawal 13 November ini. Tempahan boleh dibuat menerusi laman rasmi Apple atau pengedar rasmi Apple di Malaysia.
Apple mencipta trend baharu pada pelancaran siri iPhone 12 dengan tidak menawarkan palam pengecasan buat para pengguna. Sehubungan dengan itu, Xiaomi turut menawarkan palam pengecasan buat para pengguna dengan harga yang lebih rendah.
https://www.thevocket.com/xiaomi-perkenalkan-charger-20w-khas-buat-pengguna-iphone-12-serendah-rm24/
https://www.thevocket.com/pengguna-kecewa-hadapi-masalah-paint-chipping-pada-iphone-12/
https://www.thevocket.com/4-model-siri-iphone-12-dilancarkan-apple-bermula-daripada-rm3399/