Bermula dengan sekadar ura-ura diikuti dengan pelancaran Apple iPad dan Apple Watch terbaru, siapa sangka model terbaru Apple iPhone juga bakal mengikuti trend yang sama dengan tidak lagi menawarkan palam pengecasan bersama.
Difahamkan ‘usaha’ Apple untuk tidak lagi menawarkan palam pengecasan dan EarPods bersama model keluaran iPhone 12 adalah sebagai salah satu cara Apple selamat bumi dengan mengurangkan penggunaan karbon.
Selain itu, ketiadaan palam pengecasan dan EarPods secara tidak langsung membolehkan Apple mengurangkan kos pengeluaran sesebuah iPhone 12 sekaligus menawarkan harga yang lebih kompetitif buat para pengguna.
Langkah yang dibuat Apple ini mungkin kurang menyenangkan ramai melihatkan para pengguna nampaknya terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan palam pengecas yang pastinya keperluan untuk setiap telefon pintar.
Sebelum ini, dilaporkan Samsung berkemungkinan mengikuti trend yang sama untuk tidak lagi menyertakan charger.
https://www.thevocket.com/selepas-apple-samsung-dijangka-tidak-sertakan-charger-bersama-telefon-pintar/
https://www.thevocket.com/apple-umumkan-barisan-model-terbaharu-apple-watch-dan-ipad/