Sekiranya anda mengikuti perkembangan Apple serta pelancaran Apple iPhone, pastinya anda cukup tahu ini syarikat ini cukup sinonim dengan melancarkan model terbaru mereka pada setiap bulan September ini.
Namun lain ceritanya pada tahun ini apabila Apple terpaksa menangguhkan pelancaran siri iPhone 12 kepada bulan seterusnya pada bulan Oktober gara-gara penyebaran wabak COVID-19 yang mengganggu penghasilan model terbaru.
Ura-ura yang dikongsikan oleh Jon Prosser selaku individu yang kerap berkongsi tentang berita Apple mengatakan iPhone 12 bakal dilancarkan pada 12 Oktober 2020.
Jon Prosser (@jon_prosser) has shared information regarding possible upcoming Apple event and product shipping dates pic.twitter.com/3ntn6IqV8v
— Apple Hub (@theapplehub) August 13, 2020
Mungkin disebabkan sinonim dengan nama model, Apple memilih untuk melakukan pengumuman pada tarikh tersebut. Para pengguna di negara terpilih berpeluang membuat pra-tempahan pada 12 Oktober dan sedia untuk memilikinya pada 19 Oktober 2020.
Mereka yang berminat dengan iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max pula nampaknya perlu menunggu lebih lama sehingga November sebelum mula ditawarkan secara rasmi di pasaran.
Dari segi spesifikasi, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max dijangka bakal dilengkapi dengan RAM sehingga 6GB dan dikuasakan dengan processor Apple A14 yang menawarkan peningkatan prestasi CPU sekitar 30% dan GPU sebanyak 38%.
The iPhone 12 Pro will feature major improvements including larger and more advanced displays, better performance, big camera improvements, and 5G support. Are you considering upgrading to the iPhone 12 Pro or iPhone 12 Pro Max? pic.twitter.com/tBrTX6eKjd
— Apple Hub (@theapplehub) August 12, 2020
Peningkatan kualiti kamera antara yang dinantikan ramai selain daripada warna baharu iaitu Navy Blue yang tampak sangat eksklusif pada keluaran terbaru ini.
Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Apple yang dijangka bakal berlangsung pada 12 Oktober ini. Buat anda yang berminat untuk menjadi yang terawal memilikinya, berbaki sekitar dua bulan sahaja lagi penantian sebelum iPhone 12 ditawarkan secara rasmi.
Berdasaran ura-ura sebelum ini, Apple iPhone 12 dijangka bakal ditawarkan dengan harga sekitar RM2,749.
https://www.thevocket.com/apple-iphone-12-bakal-ditawarkan-dengan-harga-sekitar-rm2749/
https://www.thevocket.com/hampir-pasti-inilah-rekaan-dan-spesifikasi-yang-bakal-ditawarkan-iphone-12-pro/