Nampaknya pengguna yang memiliki iPhone SE generasi pertama dan 6s tidak lagi dapat menikmati versi terbaru iOS apabila Apple melancarkan iOS 15 yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan.

Berdasarkan sumber, antara model yang terlibat adalah iPhone 5s, iPhone SE, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPad Mini 2 dan iPad Air atau dalam erti kata lain model sebelum iPhone 6s. Antara sebab utama kemas kini bagi model-model ini tidak lagi ditawarkan adalah kerana tidak memiliki spesifikasi yang cukup baik untuk menjalankan iOS 15.

DSC08894
Sumber: arstechnica

Selain itu, penawaran kemaskini terbaru ini sekaligus merupakan strategi syarikat pengeluar dalam mendesak pengguna untuk mendapatkan model yang lebih baru. Setakat ini, masih belum diketahui lagi ciri-ciri baharu yang bakal tersedia buat iOS 15.

Apple iOS 15 dijangka bakal dilancarkan secara rasmi pada September tahun hadapan manakala versi beta bakal ditawarkan sekitar bulan Jun 2021. Buat anda yang tidak mahu terlepas dengan versi terbaru Apple dan masih lagi memakai model iPhone yang disebutkan, mungkin sudah tiba masanya anda beralih kepada model yang lebih baru.

Berdasarkan ura-ura terbaru, Apple dijangka akan menggunakan bateri yang lebih kecil pada iPhone 13. Turut dikongsikan, ketahanan iPhone 12 apabila dilepaskan pada ketinggian 10 kaki.

https://www.thevocket.com/apple-dijangka-guna-bateri-yang-lebih-kecil-pada-iphone-13/

https://www.thevocket.com/tonton-ketahanan-iphone-12-apabila-dilepaskan-pada-ketinggian-10-kaki/

Sumber