Seperti yang dijanjikan Apple sebelum ini, sistem operasi versi terbaru Apple iOS 13 sedia ditawarkan Apple buat para pengguna iPhone.
Menerusi kemaskini terbaru ini, para pengguna bakal menikmati beberapa perubahan terbaru termasuk fungsi dark mode, fungsi suntingan video yang ditambah serta prestasi yang lebih pantas. Berdasarkan percubaan kami, dapat dilihat FaceID lebih responsif berbanding versi sebelum ini.
Apple iOS 13 bakal menyokong iPhone SE, 6s, 6s Plus, 7, 7 Plus, 8, 8 Plus, X, XR, XS dan XS Max. Dalam erti kata lain buat pengguna iPhone 6 dan kebawah, anda tidak lagi mendapat kemaskini terbaru ini.
Buat anda yang ingin memuat turun, pastikan anda membuat backup terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Kemaskini boleh dibuat melalui iTunes atau secara over the air (OTA).
Sekiranya anda masih ragu-ragu mengenai iOS 13 dan tidak mahu mengambil risiko bagi mengelakkan bug, anda boleh menantikan iOS 13 yang bakal ditawarkan lebih awal daripada pengumuman awal Apple iaitu pada 24 September ini.
Kami kongsikan kepada anda beberapa produk terbaru Apple termasuk iPhone 11 dan iPhone 11 Pro yang bakal mula ditawarkan tidak lama lagi. Klik pautan dibawah untuk membacanya.
https://www.thevocket.com/segalanya-anda-perlu-tahu-mengenai-iphone-11-11-pro-dan-11-pro-max/
https://www.thevocket.com/kesemua-apple-iphone-keluaran-tahun-ini-cuma-dilengkapi-dengan-ram-4gb/
https://www.thevocket.com/baru-sahaja-dilancarkan-apple-iphone-11-pro-sudah-menjadi-bahan-meme/