Sokongan mod gelap atau dark mode sudah menjadi keperluan buat para pengguna pada masa kini. Disamping untuk menjimatkan bateri, penawaran antaramuka dengan warna gelap secara tidak langsung bakal membuatkan mata tidak menjadi cepat letih.

Setelah lama dinanti oleh para pengguna, akhirnya fungsi ini dilaporkan bakal disertakan pada iOS 13. Untuk pengetahuan, fungsi dark mode telahpun ditawarkan pada versi iOS sedia ada namun tidak sepenuhnya menerusi beberapa aplikasi utama.

Sumber: Maximos Angelakis

Selain itu, penawaran fungsi dark mode ini bakal turut ditawarkan buat pengguna iPad. Apple juga dikatakan bakal menawarkan beberapa gesture terbaru buat pengguna iOS.

Apple iOS 13 dijangka bakal diperkenalkan pada WWDC yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan apakah lagi kejutan yang bakal dibawakan Apple sempena versi terbaru iOS.