Apple iOS 13 Bakal Ditawarkan Buat Pengguna Bermula 20 September Ini

Semalam telah berlangsungnya aturcara Apple yang melihatkan syarikat ini telah memperkenalkan beberapa produk terbaru menampilkan iPhone, iPad dan Apple Watch. Aturcara ini juga sangat sinonim dengan pemberitahuan tarikh pengeluaran iOS terbaru yang sering dinantikan pengguna Apple.

Menerusi pengumuman yang dibuat sebelum ini, Apple iOS 13 menjanjikan pengalaman prestasi pembukaan aplikasi dengan dua kali lebih pantas. Lebih menarik, saiz aplikasi di App Store juga bakal turut dikecilkan sebanyak 50%. Bagi pengguna iPhone generasi yang baru, membuka FaceID juga bakal ditingkatkan sebanyak 30% lebih pantas.

Sumber: macworld

Antara pengumuman yang membuatkan orang ramai teruja sudah tentunya sokongan mod gelap yang sudah lama diidamkan ramai pengguna Apple. Melalui sokongan ini Apple akan mengintegrasikan beberapa aplikasi dengan paparan bewarna hitam sekaligus mengurangkan penggunaan bateri.

Apple iOS 13 bakal menyokong iPhone SE, 6s, 6s Plus, 7, 7 Plus, 8, 8 Plus, X, XR, XS dan XS Max. Dalam erti kata lain buat pengguna iPhone 6 dan kebawah, anda tidak lagi mendapat kemaskini terbaru ini. iOS 13 bakal ditawarkan secara rasmi buat semua pengguna bermula 20 September ini manakala iOS 13.1 bakal ditawarkan pada 30 September ini.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat Apple? Klik pautan dibawah untuk membacanya.

https://www.thevocket.com/pereka-ikonik-produk-apple-john-ive-umum-letak-jawatan/

https://www.thevocket.com/apple-cadang-pindah-pengeluaran-produknya-ke-malaysia/

https://www.thevocket.com/komputer-pertama-apple-berjaya-dibida-dengan-harga-rm2-09-juta/

Exit mobile version