Apple Haramkan Aplikasi Melibatkan ‘Vape’ Pada App Store

Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat semakin banyak laporan kesihatan dipaparkan bagi menunjukkan keburukan tabiat vape di kalangan masyarakat. Di Amerika Syarikat, dilaporkan sebanyak 42 kes kematian telah dicatatkan melibatkan rokok elektronik atau vape.

Masalah peningkatan angka kematian ini secara tidak langsung turut mendorong beberapa syarikat untuk tidak mempromosinya termasuk Apple yang telah membuang sebanyak 181 aplikasi melibatkan vape di App Store.

Sumber: michiganradio

Langkah yang dibuat ini secara tidak langsung menunjukkan Apple tidak menyokong dengan tabiat tidak sihat ini serta mahu mengelakkan orang ramai daripada terjebak.

Difahamkan masalah kronik melibat rokok elektronik ini berlaku disebabkan campuran melibatkan THC. Walau bagaimanapun Apple memilih untuk membuang segala aplikasi melibatkan vape. Setakat ini tiada laporan daripada pihak Google untuk membuang aplikasi melibatkan vape pada Google Play Store.

Pada minggu lalu, NCIG selaku jenama yang popular di kalangan pengguna vape memilih untuk menutup pasaran di Malaya bagi menumpukan pasaran di Eropah dan UK. 

https://www.thevocket.com/ncig-tutup-operasi-di-malaysia-tumpu-pasaran-eropah-dan-uk/

https://www.thevocket.com/vape-dan-shisha-bernikotin-termasuk-dalam-peraturan-larangan-merokok/

Sumber
Exit mobile version