Pada hari ini Apple secara rasminya telah memperkenalkan Apple Fitness+ di Malaysia. Ini merupakan sebuah perkhidmatan kecergasan yang direka khas untuk para pengguna Apple Watch. Pelbagai fungsi menarik yang anda boleh terokai melalui langganan perkhidmatan kecergasan ini.

Menerusi Apple Fitness+, anda boleh mengakses pelbagai latihan kecergasan yang menarik dalam mengekalkan kesihatan serta menariknya ia menawarkan sejumlah jurulatih bersenam profesional bersamanya. Malah, anda juga boleh melakukannya bersama-sama rakan menerusi  Facetime yang pasti lebih menyeronokkan.

Sumber Gambar: Apple

Bercakap tentang pilihan latihan senaman pula, ia menawarkan beberapa jenis program latihan mengikut perkembangan kecergasan seseorang yang bersesuaian dengan semua lapisan umur. Pengguna juga boleh memainkan musik daripada Apple Music sewaktu bersenam nanti.

Selain digunakan pada Apple Watch,  pengguna turut boleh mengikuti kandungan konten video beresolusi tinggi menerusi iPhone, iPad dan AppleTV yang sekaligus membolehkan pengguna mengakses pada bila-bila masa. Bagi anda yang berminat, bolehlah dapatkan Apple Fitness+ pada harga RM19.90 sebulan atau dengan harga RM119 setahun.

Selain itu, Apple Watch dan iPhone juga bakal ditawarkan fungsi pengesan kemalangan seawal tahun 2022.

Apple Watch Dan iPhone Bakal Ditawarkan Fungsi Pengesan Kemalangan Seawal Tahun Hadapan

Apple Sedang Bangunkan Fungsi Kesan Kesihatan Mental Menerusi iPhone

Sumber